Manfaat Anggur Muscadine di Dalam Vivix dan YOUTH Complex

Manfaat Anggur Muscadine Di Dalam Vivix dan YOUTH Complex Shaklee. Pernah tak anda dengar apa itu Anggur Muscadine? Sejak mengenali Vivix dan YOUTH Complex Shaklee, saya teringin mengambil tahu kenapa harganya sangat mahal berbanding produk Shaklee yang lain.

Set Penjagaan Wajah YOUTH Complex Shaklee
Set Penjagaan Wajah YOUTH Complex Shaklee
Vivix - Suplemen Premium Shaklee
Vivix – Suplemen Premium Shaklee

Rupa-rupanya bahan asas yang digunakan oleh pihak Shaklee dalam penghasilan minuman botani dan produk set penjagaan muka ini ialah Anggur Muscadine. Di mana saya pernah diberitahu oleh rakan perniagaan saya yang lain, ketika beliau terjumpa Anggur Muscadine ni di KLCC, harga sebiji buah anggur sebesar bola golf ini hampir mencecah RM110 (tahun 2013) dan harga satu kilogram pula mencecah RM2,000.

Maka, ia menjadi tanda tanya semestinya, mengapakah buah anggur ini sangat mahal? Apa keistimewaan  yang terdapat di dalam Anggur Muscadine ini berbanding anggur-anggur lain di pasaran? Ayuh, kita kupas.

Antara Fakta Menarik Tentang Anggur Muscadine Dalam Vivix dan YOUTH Complex

Apakah Anggur Muscadine?

Anggur Muscadine merupakan sejenis anggur liar yang tumbuh di seluruh Amerika Selatan. Anggur Muscadine (Vitis Rotundifolia), juga dipanggil Scuppernong, adalah bewarna gangsa atau warna ungu kehitaman. Anggur Muscadine mempunyai kulit yang tebal, iaitu 40 peratus daripada setiap biji anggur tersebut merupa kulit anggur muscadine.

Anggur Muscadine
Anggur Muscadine Ramuan Utama Dalam Vivix dan YOUTH Complex Shaklee

Anggur Muscadine cenderung menjadi lebih besar, lebih kuat, dan mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding anggur biasa. Keadaan iklim dan cuaca di Amerika Selatan boleh menjadi ekstrem dan tidk menentu. Ia adalah iklim yang sukar untuk perkembangan anggur lain tetapi tidak kepada anggur muscadine, dimana anggur muscadine tahan lasak dan tumbuh di kawasan yang panas dan lembap berbeza dengan anggur biasa yang cuma akan tumbuh dikawasan yang sejuk dan dingin.

Anggur Muscadine Mempunyai Kromosom Tambahan

Anggur biasa yang berada di pasaran mempunyai hanya 19 pasang kromosom. Manakala, Anggur Muscadine pula mempunyai sepasang kromosom tambahan dan menjadikan jumlah kromosom yang terdapat di dalam setiap anggur muscadine ialah 20 pasang!

Walaupun fakta bahawa Anggur muscadine mempunyai lebih banyak kromosom untuk membuat beberapa perkara penting, namun keterujaan sebenar adalah berasal dari perubahan fitokimia dan nutrien yang membawa kepada pertambahan kromosom kepada anggur muscadine.

Anggur Muscadine Tumbuh Segar Walaupun Pada Iklim Yang Ekstrem

Anggur Muscadine tumbuh dan berkembang dalam iklim dan keadaan yang akan membunuh kebanyakan anggur Eropah yang lain. Untuk terus kekal hidup dalam keadaan yang sukar di Amerika Selatan menjadikan anggur muscadine lebih kuat dan lebih padat dengan antioksidan dan nutrien berbanding anggur lain.

Nilai Nutrien Yang Terdapat Di Dalam Anggur Muscadine

Mengandungi Phyto- Kimia Yang Unik

Pada dasarnya, buah-buahan terdiri daripada banyak phytokimia yang berbeza dan ia adalah phytokimia yang memberikan buah-buahan banyak manfaat kesihatan mereka.

Sedangkan phytokimia akan berbeza-beza sedikit dari anggur merah yang di tanam di California mahupun Perancis, nutrien mereka sangat serupa dan oleh itu sifat kesihatan mereka sangat serupa. Manakala, anggur muscadine ini pula sangat unik kerana ia mempunyai ciri-ciri phytokimia yang sangat berbeza berbanding dengan anggur biasa.

Profil Polifenol Yang Kukuh

Anggur Muscadine adalah buah -buahan yang paling jarang ditemui serta paling berkuasa dengan profil polifenol yang unik selain menawarkan banyak manfaat kesihatan.

Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine mempunyai kepekatan asid ellagic yang unggul, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, ia menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat tinggi. Maka tidak hairanlah bahawa ciri-ciri unik buah anggur muscadine ini menyebabkan ia dipanggil “anggur super”.

Tinggi Kandungan Serat dan Fiber

Anggur muscadine adalah sumber serat makanan yang sangat baik. Kita akan mendapat kira-kira 105 kalori dan 7 gram serat dari hidangan 35 biji anggur muscadine, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).

Bukan itu sahaja, biji anggur muscadine juga boleh dimakan dan kulitnya yang agak tebal, anggur muscadine mengandungi serat yang tidak larut sangat tinggi yang mana ianya menggalakkan ketegangan usus dan membantu mengelakkan sembelit, buasir dan diverticulitis. Serat dari anggur muscadine juga melindungi kita dari penyakit jantung dan memperlahankan penyerapan glukosa kepada pengidap kencing manis.

Sebagai perbandingan, setiap 104 kalori anggur biasa tanpa biji (kira-kira 30 biji anggur atau 1 mug) menurut USDA menyediakan 1.4 gram serat sahaja. Ini bermakna satu biji anggur muscadine mempunyai serat sebanyak 5 biji anggur tanpa biji.

Kandungan Asid Ellagik Yang Berkualiti Tinggi

Asid ellagik merupakan sejenis polifenol. Asid Ellagik telah dikaji berkenaan kebolehannya menentang sel kanser dan tumor. Asid Ellagik dianggap sebagai cara untuk merawat dan mencegah kanser. Pada tahun 2007, Institut Kesihatan Nasional (NIH) dan Institut Kanser Kebangsaan (NCI) menerbitkan hasil kajian mereka terhadap kulit anggur muscadine dalam Cancer Research Journal. Apa yang mereka dapati adalah dalam eksperimen makmal, ekstrak kulit anggur muscadine menghalang pertumbuhan sel-sel kanser prostat.

40x Resveratrol Berbanding Anggur Biasa

Anggur Muscadine mempunyai 40x lebih resveratrol berbanding anggur biasa sekali gus menjadikan anggur muscadine 40 kali ganda kandungan anti oksidan lebih kuat, serta ia umumnya mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan berbanding anggur biasa.

Pada Mesyuarat Tahunan AACR 2011 diumumkan bahawa biji anggur dan dan ekstrak kulit anggur muscadine menunjukkan keputusan tiga kali ganda mampu merencatkan 92% sel kanser payu dara, 81% sel kanser paru-paru, dan 90% sel kanser kolon.

Untuk kulit yang muda remaja, ia memerlukan kolagen dan elastin, yang mana radikal bebas boleh menjejaskan ikatan kolagen dan elastin. Resveratrol adalah antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan kerosakan radikal bebas dan membolehkan penghasilan kolagen yang semula jadi. Ia telah menjadi ramuan anti-penuaan yang terkenal di seluruh dunia.

Tahap Quercetin Yang Tinggi (Flavonoid Yang Sihat)

Quercetin, merupakan flavonoid yang sihat, ia telah dikaji secara meluas, dan terbukti ianya mempu melindungi kecacatan DNA, kanser kolon, dan penyakit jantung. Quercetin juga mampu melegakan dinding saluran darah, dan seterusnya meningkatkan pengeluaran enzim yang mencairkan pembekuan darah. Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa asid ellagik digabungkan dengan quercetin aktif mampu meningkatkan kadar pertumbuhan dan memberi lalu untuk membunuh sel kanser.

Kajian terkini mencadangkan bahawa quercetin dapat memperlambatkan pertumbuhan sel-sel kanser dan dapat memperlambatkan pertumbuhan sel-sel kanser dan dapat membantu memupuk apoptosis, iaitu satu bentuk kematian sel secara semula jadi yang tidak terjadi pada  kebanyakkan sel kanser.

Kesimpulannya

Shaklee memanfaatkan kuasa anggur muscadine ini di dalam setiap botol Vivix dan set penjagaan wajah YOUTH Complex menggunakan proses pengekstrakan proprietari yang mengasingkan dan mengekalkan polifenol bioaktif yang berasal dari kulit dan biji setiap anggur individu.

Keputusannya, rumusan saintifik yang lebih maju yang 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja untuk memperlahankan mekanisme penuaan selular yang utama.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

 

Untuk tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

Untuk Maklumat lanjut untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE (SID) secara online mahupun offline, anda boleh hubungi saya segera di:-

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge