5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan

5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan. Memang benar, pengurusan berat badan adalah hasil yang penting apabila melakukan aktiviti fizikal, tetapi masalahnya kata Jenifer Brunet, Professor Madya di Sekolah Kinetik Manusia, Universiti Ottawa ialah ramai yang bersenam semata-mata untuk menurunkan 3-5 kg, yang mana boleh mensabotaj usaha mereka pada akhirnya.

5 SEBAB UNTUK BERSENAM
5 SEBAB UNTUK BERSENAM

” Kita perlu mengalih fokus daripada menurunkan berat badan kerana keputusannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat, yang menyebabkan mereka berasa putus asa dan berhenti bersenam,” katanya.

Terdapat manfaat yang tidak dapat dilihat jika anda mengamalkan gaya hidup aktif. Ia merupakan alat paling berkuasa untuk kesemua sistem dalam tubuh, kata Mary Jung, Profesor Madya dan Pengarah Makmal Psikologi Senaman dan Kesihatan, Universiti British Columbia.

“Sama ada merendahkan tekanan darah dan mengawal paras gula darah atau meningkatkan emosi jiwa dan menyumbang kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh diukur,” katanya.

Kata Brunet, kuncinya adalah mengubah cara anda berfikir mengenai bersenam dan meletakkan sasaran berdasarkan manfaat yang lain, seperti mendapat tidur yang lebih berkualiti atau menguruskan stres.

Ia membantu anda untuk fokus bagaimana rasanya selepas aktif. Sepertimana diet, aktiviti fizikal harus dilakukan secara berterusan. Jika anda seronok dan praktikal, ia membantu meningkatkan kedua-dua kualiti dan jangka hayat hidup anda.

Di sini disenaraikan lima sebab yang memaksa anda melakukannya.

1. Bersenam Untuk Tidur Lebih Nyenyak

Terdapat banyak kajian yang mencadangkan aktiviti fizikal merangsang tidur yang lebih berkualiti, walaupun saintis sendiri kurang faham mengapa terjadi sedemikian.

“Kita hanya mengetahui impak positif secara keseluruhan dan membantu anda tidur denganlebih cepat dan lama,” katanya.

Melakukan Latihan Fizikal Merangsang Waktu Tidur Yang Lebih Baik dan Berkualiti
Melakukan Latihan Fizikal Merangsang Waktu Tidur Yang Lebih Baik dan Berkualiti

Ia mungkin disebabkan, bersenam menaikkan suhu tubuh (dan apabila anda mula melakukan post workout, ia merangsang tidur), atau ia mungkin berkait dengan perubahan pada ritma sirkadian (jam tidur dalam tubuh). Atau mungkin bersenam mengurangkan keresahan, menjadikan anda lebih mudah terlena.

Di sebaliknya, terdapat bukti menunjukkan tidur mempunyai kesan positif ke atas aktiviti fizikal. Kajian pada tahun 2013 yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine mendedahkan, lebih baik kualiti tidur anda pada malam hari, kebarangkalian untuk bersenam lebih tinggi.

2. Bersenam Untuk Bergerak Dengan Lebih Sempurna

Sekitar tiga individu berusia 65 tahun ke atas jatuh setiap tahun, menjadi sebab mengapa anda perlu melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, tidak kira berapa usia anda, untuk meningkatkan keseimbangan, mobiliti dan kesihatan sendi, kata David Westwood, Ketua Kinesiologi, Universiti Dalhaousie, Halifax.

Pada tahun lalu, penyelidik Perancis telah melakukan kajian ke atas 706 wanita berusia antara 75 hingga 85 tahun dan mendapati mereka yang terlibat dengan program senaman selama dua tahun untuk meningkatkan keseimbangan berupaya mengurangkan risiko cedera akibat terjatuh sekitar 20 peratus.

Mereka juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian berjalan dan keseimbangan secara keseluruhan serta menggambarkan kualiti hidup yang lebih baik di penghujung kajian berbanding yang tidak menyertai program.

Julat pergerakan dalam taici dan yoga misalnya, meningkatkan amaun pergerakkan pada sendi dan otot serta baik untuk keseimbangan dan fleksibiliti.

Bersenam Untuk Bergerak Dengan Lebih Sempurna
Kajian menunjukkan senaman cukup efektif dalam merawat kemurungan seperti mana penggunaan ubat-ubatan dan terapi tingkah laku kognitif.

3. Bersenam Untuk Berfikir Dengan Lebih Baik

Salah satu perkembanagan terbaru dalam kaitan antara senaman dan kesihatan secara keseluruhan adalah penemuan mengenai berjaga-jaga, kreativiti dan prestasi.

Sebagai contoh, bekerja secara berdiri dan bermesyuarat sewaktu berjalan, di mana syarikat mengaplikasikan penemuan saintifik terbaru iaitu bersenam mampu meningkatkan kekuatan minda kakitangan. “Ia semudah mengenakan kasut dan pergi berjalan,” kata Westwood. “Ia berkos rendah dan boleh di capai.”

Berdiri berbanding duduk membantu anda berfikir dengan lebih jelas. “Sewaktu berdiri dan menolak graviti, ia menyebabkan bahagian lain otak memuncak,” kata Westwood. “Sistem reticular activating pada batang otak (juga bertanggungjawab untuk postur dan keseimbangan) kicks in dan alerts serebral korteks anda.

“Ia secara asasnya fungsi yang berevolusi: apabila berdiri dan bergerak, ia sama ada sedang mengesan mangsa atau mengelak daripada menjadi mangsa, jadi secara automatik tahap daya tumpuan dan kepekaan mental meningkat.”

Pada tahun 2014, penyelidik di Universiti Stanford telah mengkaji 176 pelajar kolej dan mendapati berjalan sama ada di luar atau di dalam rumah, meningkatkan hasil kreativiti secara purata 60 peratus.

Mac lalu, kajian dalam Journal Neurology mendedahkan individu dewasa yang kerap melakukan senaman secara sederhana atau keras kekal cerdas dan mengalami penurunan daya kognitif yang lebih rendah berbanding yang tidak bersenam.

Warga senior yang mengamalkan gaya hidup tidak aktif, mengalami penuaan otak 10 tahun lebih cepat berbanding mereka yang aktif.

4. Bersenam Untuk Hubungan Intim Yang Lebih Baik

Sekitar 80 peratus wanita melaporkan kurang berpuas hati dengan penampilan fizikal mereka, kata Brunet. Apabila bersenam, anda akan lebih menghargai tubuh dan ini memberi kelebihan sewaktu di bilik tidur.

” Dalam kajian kami mendapati, wanita melaporkan berasa lebih yakin dan selesa sewaktu bersama pasangan dengan keadaan fizikal tubuh mereka selepas bersenam,” katanya.

“Peningkatan rasa percaya dan keyakinan diri, sesetengah wanita berkata mereka berasa lebih selesa tatkala tidak berpakaian dan hubungan intim menjadi lebih baik.”

Bersenam Untuk Hubungan Intim Yang Lebih Baik
Bersenam Untuk Hubungan Intim Yang Lebih Baik

Timbul persoalan yang telah lama berlegar-legar: adakah menjalinkan hubungan intim dikira sebagai satu senaman? Berdasarkan kajian pada tahun 2013 dari Universiti Quebec, jawapannya adalah YA !

Penyelidik mendapati jumlah tenaga yang digunakan sewaktu hubungan intim ialah sekitar 85 kilojoules, dan (satu kejutan !) responden melaporkan menjalinkan hubungan intim lebih dinikmati dan menyeronokkan berbanding berjalan di atas threadmill selama 30 minit.

5. Bersenam Untuk Melegakan Tekanan

Melakukan aktiviti fizikal adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mengurus stres, kata Brunet, dan boleh melakukan apa saja daripada berjalan pantas di taman (pada tahun 2014 penyelidik di Universiti Michigan mendapati kumpulan yang berjalan di kawasan semula jadi berupaya mengurangkan kemurungan, kesihatan tubuh badan dan mental dan mengurangkan stres) hingga ke senaman yang berintensiti tinggi dan mengeluarkan peluh.

Bersenam mampu mengalihkan tumpuan dan cara untuk bertahan, kata Brunet. Kesan positifnya mungkin juga berkaitan dengan tindak balas fisiologi tubuh. “Senaman meningkatkan paras endorfin dan lain-lain hormon anti-stres,” kata Brunet.

Februari lalu, penyelidik di Pusat Perubatan Davis UC mendapati bersenam meningkatkan paras neurotransmitter glutamate dan GABA, yang mana kedua-duanya menyusut dalam otak pesakit yang mengalami kemurungan dan keresahan.

“Aktiviti fizikal mengurangkan simptom kemurungan seperti kurang tenaga dan rasa tiada harapan serta meningkatkan kesihatan mental,” kata Brunet.

Sesetengah kajian menunjukkan senaman cukup efektif dalam merawat kemurungan sepertimana penggunaan ubat-ubatan dan terapi tingkah laku kognitif.

“Sekiranya anda mengambil ubat untuk merawat kemurungan ia tidak semestinya menjadikan anda gembira, sihat, individu yang cemerlang,” kata Brunet, “tetapi aktiviti fizikal mampu melakukan kesemuanya dan lebih lagi.”

Credit: Majalah iSihat

Daily Essential Set
Daily Essential Set

Untuk sumber nutrisi yang lengkap juga mengikut keperluan badan kita, anda juga boleh dapatkan Set Nutrisi Harian Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vitalea dan Omega Guard yang mana ianya lebih JIMAT, SELAMAT dan di jamin BERKESAN untuk di amalkan seisi keluarga.

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh juga menghubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

28 thoughts on “5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan

  1. Rasanya banyak dah baca yg bersenam ni mmg bagus utk kesihatan tp tulah nak buatnya tu …..rasanya kena jatuh hukum wajib kot baru boleh istiqomah hihi….

    Salam kenal Killa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge