9 Fungsi Utama dan Keistimewaan Vivix Shaklee Yang Asas

Vivix Shaklee : Fungsi Utama dan Keistimewaan Vivix Yang Asas. Seperti umum sedia maklum bahawa Vivix Shaklee merupakan produk premium keluaran Shaklee yang mana kandungan dan keberkesanannya terhadap mencegah serta merawat beberapa penyakit kronik adalah sentiasa positif bergantung kepada konsistensi pengguna itu sendiri.

Apakah Vivix Shaklee?

Vivix Shaklee merupakan minuman botani yang sangat lazat dan mengandungi campuran daripada tumbuhan botani yang mengandungi konsentrasi anti oksidan yang sangat tinggi dan ianya di ekstrak daripada Anggur Muscadine, Elderberi Eropah, Polygonum Cuspidatum dan Lobak Ungu.

9 Fungsi Utama dan Keistimewaan Vivix Shaklee Yang Asas
Fungsi Utama dan Keistimewaan Vivix Shaklee

Hasil kajian saintifik pihak Shaklee, antara bahan asas paling utama untuk menghasilkan Vivix Shaklee adalah Anggur Muscadine. Hal ini kerana, Anggur Muscadine merupakan buah-buahan jarang di temui dan mempunyai daya tahan yang kuat. Anggur Muscadine mengandungi kandungan polifenol yang lengkap berbanding anggur-anggur yang lain. Selain itu, Anggur Muscadine juga mempunyai kepekatan asid ellagic yang tinggi serta kandungan ellagitanin yang lebih baik, apabila ia digabungkan dengan polifenol yang lain, ia mampu menghasilkan kuasa antioksidan yang 10 kali ganda lebih baik.

Selain itu, setiap botol Vivix Shaklee juga telah diekstrak dengan Anggur Muscadine secara proses pengisian sejuk (Cold Filling Proses) yang dipatenkan untuk memastikan keaslian pati anggur tersebut serta mengekalkan polifenol bioaktif tanpa bahan perasa tambahan yang lain.

Apakah Resveratrol Yang Terkandung Dalam Vivix?

Dari tahun 90-an lagi, terdapat lebih daripada 2,000 kajian yang merujuk kepada kebaikan resveratrol di dalam jurnal saintifik. Antara manfaat yang dikaji termasuk pencegahan penyakit Alzheimer, penyakit kardiovaskular, gangguan paru-paru dan rawatan yang lebih baik untuk penyakit diabetis tahap 2, katarak serta obesiti.

Dr Sinclair dari Universiti Harvard telah mengkaji untuk membuat resveratrol 1,000 kali lebih baik berbanding daripada wain merah (wain merah terkenal dengan kandungan resveratrol yang tinggi) seterusnya mampu merawat serta melindungi  hingga ke peringkat sel.

Beliau percaya pada tahap ini, resveratrol mempunyai kuasa untuk membalikkan proses penuaan dan merupakan “kejayaan paling penting untuk kesejahteraan dalam 100 tahun yang lalu”.

Shaklee dibina atas hasil kerja Dr Sinclair atas penemuan sumber resveratrol yang terbaik serta kandungan polifenol di dalam bahan asas Vivix iaitu Anggur Muscadine khususnya.

Shaklee juga telah mencipta sekali gus mempatenkan proses pengekstrakan yang lembut bagi memastikan keberkesanan biologi yang tinggi. Hasilnya termasuklah asid ellagik tertentu yang tidak terdapat dalam anggur biasa dan seterusnya bertanggungjawab untuk beberapa sifat anti-penuaan Vivix.

Penuaan

Untuk memahami fungsi utama Vivix Shaklee, kita perlu bermula dengan kefahaman klinikal dan konsep-konsep anti-penuaan.

“Penuaan merupakan satu set penyakit yang mempunyai progress yang cepat. Sekiranya kita boleh melambatkan mereka dan menyembuhkan mereka, semestinya setiap orang akan hidup lebih lama dan lebih sihat”- Dr Sinclair

Para saintis bersetuju ada 4 sebab utama penuaan berlaku di tahap selular:

  1. Kerosakkan DNA

Sel badan kita telah diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan DNA. Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan, pembiakan selular yang abnormal penyebab kanser, dan faktor alam sekitar seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.

Apabila sel DNA tidak sempurna untuk fungsi sel tertentu, sel-sel terseut akan terjejas dan mati. Peredaran masa juga menyebabkan kita terdedah kepada lebih banyak peluang kegagalan fungsi sel ini, kecuali ada yang dapat menghidupkan semula atau memulihkan setiap fungsi DNA yang tidak betul.

2.   Faktor Genetik

Sebatian ini bertindak untuk mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pembaikan, ia termasuk sama ada sel-sel dihidupkan semula atau mati. Seperti umur kita, pertahanan semula jadi dan keupayaan untuk pembaikan sendiri berkurangan semakin merosot sehingga kerosakan selular secara semula jadi meningkat. Meningkatnya faktor genetik ini boleh merangsang daya tahan badan yang lebih baik.

3.  Sel Mitokondria

Sel mitokondria menurun secara semula jadi dalam pengeluaran tenaga selular dari semasa ke semasa. Tanpa tenaga yang mencukupi, sel-sel badan kita akan kurang berfungsi sepenuhnya sebagai tisu dan organ yang sihat.

4. Produk Advanced Glycation Ends (Protein AGE)

Biasanya ia dikenali sebagai plak yang terbentuk pada gigi kita contohnya, dari semasa ke semasa dinding sel tersumbat dan kurang berfungsi sepenuhnya untuk pertukaran nutrien kepada najis dan akan menyebabkan toksin berkumpul lebih banyak pada organ-organ tertentu.

Sebaik sahaja kita tahu bagaimana komplikasi penuaan menyebabkan kemerosotan kesihatan dan jangka hayat sel badan kita, dan kita hanya perlu mencari bahan yang dapat mengatasi masalah khusus ini.

Antara Fungsi Utama serta Keistimewaan Vivix Shaklee

Kajian saintifik makmal telah menunjukkan bahawa Vivix Shaklee telah memberi kesan positif kepada semua empat mekanisme penuaan selular serta menyumbangkan kepada manfaat kesihatan khususnya:

  • Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
  • Kesan positif untuk mengawal genetik yang membantu melawan penuan selular
  • Menggalakkan biogenesis mitokondria, yang membantu meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel
  • Mengurangkan pembentukkan protein AGE yang boleh menyumbatkan sel-sel kita
  • Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular
  • Menyokong kesihatan otak
  • Meningkatkan fungsi sistem imun
  • Menggalakkan jangka hayat sellular yang lebih lama
  • Membekalkan antioksidan untuk melawan radikal bebas

Secara ringkasnya, satu sudu teh Vivix Shaklee sehari menyediakan lebih banyak resveratrol daripada 100 gelas wain merah dan penghasilan tonik Vivix ini telah terbukti dalam kajian makmal menjadikan ia 10 kali ganda lebih baik berbanding resveratrol tunggal untuk memperlahankan pembentukan protein AGE. Formula Vivix Shaklee yang dipatenkan juga mengandungi ekstrak Elderberi Eropah, Lobak Ungu serta Polygonum Cuspidatum untuk kebaikan selular tertentu.

Dan akhirnya, Vivix Shaklee diperkenalkan kerana mempunyai manfaat kesihatan yang sangat besar dari sumber buah anggur yang tumbuh meliar ini,. Shaklee juga telah menjamin keseluruhan keluaran dari penanaman terbesar dan terbaik di dunia, serta telah memfailkan beberapa paten untuk melindungi formulasi polifenol yang ekslusif dan inovatif ini sehingga ianya pasti tidak dapat diduplikasi.

Adalah menjadi perkara yang bijak apabila kita menyampaikan cerita revolusi ini bersama-sama kepada semua insan tersayang di sekeliling kita. Vivix Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan semua orang, sama ada muda mahupun warga emas.

Vivix Mampu Mengembalikan Keremajaan Anda 25 Tahun Lebih Muda Dan Sihat
Vivix Mampu Mengembalikan Keremajaan Anda 25 Tahun Lebih Muda Dan Sihat

Penemuan hebat ini hanya dikomersialkan pada akhir 2007. Kami percaya bahawa 10-15 tahun dari sekarang fungsi sains dari Vivix Shaklee secara positive mampu mengubah kesihatan warga negara Malaysia.

Cuba fikirkan semua kos penjagaan kesihatan yang dapat dikurangkan di usia emas apabila kita dapat membantu badan mencapai dan mengekalkan kesihatan dari tahap selular.

Badan kita yang mempunyai yang mempunyai sistem imun yang kuat serta mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menyembuhkan diri. Badan-badan yang berada di dalam keseimbangan yang sihat juga akan dapat menyerap nutrien yang disediakan oleh diet sihat produk Shaklee sepenuhnya.

Dan apa yang lebih penting, fikirkan semua daya hidup kita yang lebih baik dan dapat menjalani kehidupan yang penuh semangat. Kita tidak boleh memikirkan nilai hidup yang lebih berharga daripada penyelesaian proaktif untuk menjana dan mengekalkan kesihatan selular yang baik. Vivix Shaklee benar-benar menawarkan “masa yang lebih panjang hanya dalam satu botol”.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

 

Untuk tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

Untuk Maklumat lanjut untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE (SID) secara online mahupun offline, anda boleh hubungi saya segera di:-

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

7 thoughts on “9 Fungsi Utama dan Keistimewaan Vivix Shaklee Yang Asas

  1. I think Shaklee is a great business for someone who wants to do all you described above. There”s no end to the amazing people you meet working with a company like Shaklee!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge