Fakta Nutrisi Lobak Ungu (Purple Carrot) Dalam Vivix Shaklee

Fakta Nutrisi  Lobak Ungu (Purple Carrot) Dalam Vivix Shaklee. Tahukah anda bahawa sebelum abad ke 17, hampir kesemua lobak yang ditanam adalah bewarna ungu gelap dan hampir hitam. Hari ini, lobak ungu membuat kemunculan semula kerana hasil kajian mendapati terdapat banyak manfaat dan khasiat yang kaya dengan sumber nutrisi terkandung di dalam sayuran pada zaman purba ini. Walaupun lobak ungu difikir memberikan manfaat kesihatan yang sama seperti lobak oren, namun sebenarnya lobak ungu menawarkan beberapa manfaat nutrisi yang luar biasa kerana kepekatan anthocyanin yang tinggi.

Bagi mereka yang tidak mempunyai latarbelakang di dalam sains nutrisi, anthocyanin merupakan pigmen flavonoid yang menyumbang kepada sayur-sayuran biru, ungu dan hitam, yang mana ia sangat digalakkan untuk “boost” kesihatan yang lebih baik. Dalam entry ini, kita akan melihat pada latar belakang lobak ungu dan kemudian memberikan gambaran tentang fakta nutrisi dan manfaat kesihatan superfood yang kurang mendapat perhatian sesetengah masyarakat ini.

Pertanian Lobak Ungu Pada Asalnya, Hampir Hitam

Pada asalnya, kebanyakkan lobak bewarna ungu terang, ada yang hampir hitam, kemudian merah dan warna putih kadang-kadang. Sebenarnya, lobak ungu adalah sejenis lobak yang mendominasi pasaran dan pertanian pada  abad ke 17, apabila petani Belanda mengembangkan penanaman lobak oren moden dengan kacukan dengan beberapa lobak liar dari pelbagai warna, yang mana penanaman lobak oren lebih cepat 3x ganda matang untuk dituai berbanding lobak liar yang lain.

Manfaat Lobak Ungu Dalam Vivix Shaklee
Fakta Nutrisi Lobak Ungu (Purple Carrot) Dalam Vivix Shaklee

Hari ini, pertanian moden penanaman lobak oren seperti Adelaide, Scarlet Nantes, Danvers, Imperator, Flyaway, Infinity,Chantenay dan Nabajo lebih menguasai pasaran. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, petani berskala kecil semakin meningkat dan menunjukkan minat dalam penanaman lobak purba yang mempunyai pelbagai warna asal terutamanya lobak ungu dan hitam. Berikut adalah senarai beberapa jenis lobak ungu dan lobak hitam yang biasanya dikenali:-

  • Ungu Pudar (Purple Haze)
  • Indigo
  • Maroon
  • Naga Ungu (Purple Dragon)
  • Kosmik Ungu (Cosmic Purple)
  • Ungu Belanda (Purple Dutch)

Fakta Nutrisi Lobak Ungu (Purple Carrot) Dalam Vivix Shaklee

Semua lobak adalah rendah kalori dan kaya dengan serat makanan, Vitamin K, Vitamin C, Potassium, dan Manganese. Selain itu, semua lobak (kecuali Lobak putih) adalah sumber carotenoids yang baik. Yang mana ianya terdapat beberapa perbezaan nutrisi yang ketara di antara lobak ungu dan lobak oren.

Warna- warna lobak mempengaruhi phytokimia setiap lobak
Warna- warna lobak mempengaruhi phytokimia setiap lobak
  • Lobak oren mengandungi kadar carotenoids tertinggi, namun lobak ungu mengandungi kadar carotenoids yang signifikan.
  • Dalam lobak oren dan ungu, lutein menunjukkan hampir separuh daripada jumlah carotenoids. Sebaliknya, dalam lobak oren, beta- carotene adalah carotenoids mendominasi sehingga 65%.
  • Lobak ungu mengandungi jumlah phenolic (terutamanya anthocyanins) dan menunjukkan kapasiti antioksidan yang lebih tinggi daripada lobak oren.
  • Mengandungi banyak beta-carotene dan anti-carcinogens. Anti-carcinogens adalah bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko kanser.
  • Lobak ungu merupakan anti-septik, anti-viral dan anti-mikrob juga.
  • Lobak ungu mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang mampu mencegah kanser, serta strok, penyakit jantung, dan kencing manis.
  • Dos Vitamin A yang tinggi dalam lobak ungu membantu meningkatkan sistem imun dan membantu mencegah lemak daripada arteri (saluran darah) kita tersumbat.
  • Lobak ungu juga merupakan agen anti-radang dan berkuasa tinggi untuk anda yang sentiasa mengalami allergik dan alahan.
  • Lobak Ungu mengandungi 28 kali anthocyanin lebih banyak berbanding lobak oren.
  • Carotenoids yang terdapat dalam lobak ungu sangat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah.

Manfaat Luar Biasa Dari Lobak Ungu

Walaupun Vitamin C dan carotenoid, seperti Lutein kadang kala menyumbang kepada beberapa manfaat kesihatan daripada lobak ungu. Ia termasuk kebanyakan kuasa melindungi kesihatan daripada superfood yang baru ditemui boleh dikaitkan dengan anthocyanin. Dalam kajian makmal, pigmen tumbuhan ini telah menunjukkan mampu memberi kesan antioksidan yang sangat tinggi (lebih tinggi daripada analogi Vitamin E).

Kandungan anthocyanin di dalam lobak ungu ternyata 28 kali lebih banyak berbanding lobak oren. Anthocyanin merupakan phytokimia, dalam kumpulan flavonoid yang lebih besar daripada pigmen tumbuh-tumbuhan, yang mana ia bertindaksebagai agen anti-oksidan dan anti-radang. Lobak ungu juga mengandungi carotenoid dan anthocyanin memainkan peranan dalam mengekalkan penglihatan yang baik. Khususnya, tubuh kita menukarkan carotenoid beta-carotene kepada Vitamin A, yang membantu fokus penglihatan lebih sempurna.

Memandangkan jumlah anthocyanin yang banyak dalam lobak ungu, maka tidak hairanlah mengapa lobak ungu mengandungi kadar antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding lobak oren.

Oleh itu, kita sepatutnya berterima kasih kepada sifat antioksidan dan ciri-ciri kimia yang lain, anthocyanin dalam lobak ungu juga boleh memberi manfaat kesihatan seperti berikut:-

Kesan Anti-Carcinogen Terhadap Sel-sel Kanser Colon

Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Pemakanan dan Sains Makanan di University Maryland menganalisis kesan pencegahan kemoterapi daripada pelbagai sumber ekstrak anthocyanin yang semula jadi, dan mendapati bahawa kesemua ekstrak anthocyanin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser kolon.

Hasil penyelidikan juga menunjukkan lutein, carotenoid utama dalam lobak ungu, boleh memberikan perlindungan terhadap kanser usus.

Beta-carotene dan anti-carcinogens juga akan mengurangkan serangan kanser yang kepada pesakit sedia ada mahupun pesakit yang baru di diagnos. Ianya berfungsi untuk meningkatkan pertahanan dalam badan secara semulajadi terhadap kanser sekali gus menyekat radikal bebas dan agen lain yang mungkin menyumbang kepada penyebab kanser. Beta-carotene dan anti-carcinogen juga mampu memusnahkan sel kanser dan melarang pertumbahan sel kanser tersebut.

Idea disebalik pengambilan banyak kedua-dua elemen ini sebagai langkah pencegahan. Ia sebenarnya lebih mudah untuk mengelakkan diri daripada terkena penyakit kanser daripada memaksa untuk merencatkan sel kanser mati itu bukan perkara yang mudah. Malah sifat anti-carcinogen didalam minyak benih lobak (carrot seeds oil) telah dilakukan dengan baik untuk mengubati kanser seperti tekak, mulut, perut, hati, buah pinggang, dan prostat.

Ciri-ciri Anti-Radang Yang Kuat

Penyelidikan menunjukkan bahawa anthocyanin mempunyai ciri-ciri anti-radang yang kuat yang mungkin membantu mengurangkan gajala yang berkaitan dengan keadaan keradangan seperti arthritis rheumatoid. Sesetengah pakar percaya bahawa sifat anti-radang anthocyanin mungkin lebih kuat daripada aspirin.

Selain itu, lobak ungu juga mempunyai sifat anti-septik, anti-viral dan anti-mikrob boleh membantu dalam mengubati jangkitan dan melindungi yang akan datang. Ciri-ciri ini membantu melawan semua jenis masalah virus dan bakteria termasuklah selsema, bersin, campak, dan jangkitan dalam mulut (ulser), perut, saluran kencing, dan usus. Aspek anti-mikrob lobak ungu membantu mengurangkan atau membunuh penyebaran bakteria dalam sistem badan kita.

Perlindungan Kesihatan Mata

Anda mungkin pernah mendengar bahawa bilberry (blueberry liar) adalah baik untuk mata anda, tetapi dengan pengambilan makanan yang kaya dengan anthocyanin lain seperti lobak ungu juga boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Kajian mencadangkan bahawa anthocyanin dapat memanfaatkan kesihatan panglihatan dalam beberapa cara, seperti dengan meningkatkan penglihatan malam, meningkatkan peredaran dalam kapilari retina, melawan degenerasi makula, dan mengurangkan risiko retinopathy pada pesakit diabetes.

Tetapi paras anthocyanin yang tinggi dalam lobak ungu bukanlah satu-satunya seba mengapa anda mungkin mengidam lobak ungu ini jika anda sangat menitik beratkan tentang kesihatan mata anda. Lutein yng terkandung dalam lobak ungu juga terkenal dengan ciri-ciri perlindungan mata. Kadang-kadanag ia disebut sebagai “vitamin mata, kerana lutein biasanya digunakan sebagai rawatan pencegahan untuk degenerasi makula yang berkaitan dengan usia, katarak, dan retinitis pigmentosa.

Memulihkan Kesihatan Vaskular

Sekiranya anda mengalami kekurangan vena atau varicose veins dan ingin mengurangkan varikos melalui pengubahsuaian makanan, makan lobak ungu dan makanan lain yang mengandungi anthocyanin untuk diet anda merupakan permulaan yang baik. Anthocyanin membantu melawan urat varikos dengan meneutralkan enzim yang memusnahkan tisu penghubung dengan membaiki protein yang rosak pada dinding saluran darah, dan dengan menggalakkan peredaran dan kesihatan keseluruhan sistem vaskular.

Selain daripada itu, jika lobak ungu dimasukkan ke dalam diet harian, peluang seseorang yang mengalami strok dapat dikurangkan sehingga 68%. Kajian ini telah menunjukkan bahawa orang-orang yang memberikan kadar beta carotenoids yang tinggi dalam badan mempunyai peluang yang lebih besar untuk menghindar strok.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan lobak ungu juga, menurunkan risiko kanser kolon sebanyak 24%. Wanita yang makan lobak ungu pula kerang terdedah kepada perkembangan kanser payudara.

CARA MUDAH UNTUK MENDAPATKAH KHASIAT LOBAK UNGU (PURPLE CARROT)

Anda boleh mendapatkan khasiat purple carrot dengan mudah dan murah daripada Shaklee kerana salah satu ramuan dalam Vivix Shaklee adalah lobak ungu.

Vivix - Suplemen Premium Shaklee
Vivix – Suplemen Premium Shaklee

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

 

Untuk tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

Untuk Maklumat lanjut untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE (SID) secara online mahupun offline, anda boleh hubungi saya segera di:-

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge