Serbuk Collagen Terbaik – Collagen Powder Shaklee

Serbuk Collagen Terbaik – Collagen Powder Shaklee . Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.

Malangnya, semakin meningkat usia, kolagen di dalam badan akan semakin berkurangan. Tetapi jangan bimbang, kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap, dapat menggantikan kolagen yang hilang.

Bukan itu saja, ia juga berupaya menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Untuk itu apa kata anda mencuba Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang di ekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen ini memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton. Tujuannya tidak lain tidak bukan, bagi membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh badan selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan. Sisik ikan merah juga merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan lebih tinggi dan tahap pencemaran yang lebih rendah berbanding kolagen haiwan.

Shaklee Collagen Powder terdiri daripada tujuh bahan utama iaitu ekstrak biji benih  Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Buktinya, ia dapat memperbaiki struktur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kesan-kesan lain yang boleh dilihat adalah:

  • Anti-penuaan – Mengurangkan liang pori, kedutan, dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Menghidratkan – Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan menggelupas pada wajah.
  • Mengembalikan Keanjalan Kulit – Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  • Melicinkn – Meningkatkan  kelembutan dan melicinkan kulit.
  • Menyuburkan – Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat, dan bersinar.
  • Mencerahkan – Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan tona kulit.
  • Menegangkan – Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • Faedah Tambahan – Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi. Shaklee Collagen Powder adalah pilihan yang tepat.

Apakah Fungsi Kolagen Pada Badan Manusia?

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan manusia secara semula jadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, oto, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilge, ligamen, tendon, tulang, serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Kesan Pengambilan Collagen Powder
Kesan Pengambilan Collagen Powder

Secara semula jadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk lapisan bagi melindungi luka. Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5%pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 – 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurang kolagen dalam badan.

Vitamin C dan E Untuk Pembentukan Kolagen

Bahan-bahan semulajadi yang mengandungi Vitamin E dan C amat baik untuk kulit kita. Ia berfungsi didalam pembentukan kolagen. Kolagen menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit. Vitamin C dan E juga ialah bahan antioksidan yang melindungi daripada radikal bebas dan melawan oksida yanf menyebabkan penuaan. Vitamin C diperolehi melalui buah-buahan seperti lemon, kiwi, jambu, mangga dan betik. Vitamin E pula diperolehi daripada kekacang dan aprikot amnya.

Fungsi Kolagen Di Dalam Badan

  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Menguatkan otot dan tulang
  • Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
  • Memelihara kelenturan sendi
  • Mengurangkan keradangan (inflamation)
  • Memberi tenaga
  • Membantu pola tidur
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

Tanda- TandaKehilangan Kolagen

  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bags), penglihatan kabur.
  • Gusi tidak sihat.
  • Garis halus kelihatan bawah leher.
  • Payudara dan punggung kelihatan kendur.
  • Kuku senang pecah, pudar, dan kekuningan.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang dihujung.
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.

Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??

  1. Daripada bovine (lembu) yang diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  2. Daripada khinzir (porcine origin)
  3. Daripada haiwan laut, contohnya ikan dan gamat
  4. Daripada tumbuhan, contohnya kacang soya
  5. Daripada Yak, kebanyakkan produk dari China
  6. Daripada manusia, plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita daripada banduan yang ditembak mati !

Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Pilihan saya SHAKLEE COLLAGEN POWDER dijamin HALAL.

Collagen Powder Shaklee – Kolagen Sisik Ikan Terbaik Untuk Kulit Wajah

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

 

Collagen Powder Shaklee
Collagen Powder Shaklee
  • Merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Shaklee RSS terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.
  • Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Satu sachet untuk satu hidangan bagi kemudahan anda menyediakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
  • Gabungan tujuh bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dalaman dan luaran. Iaitu:-

Ekstrak Biji Benih Camelia Japonica

  1. Mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit
  2. Mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas

Ekstrak Pfaffia

  1. Menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar
  2. Berperanan dalam menghidratkan tisu
  3. Membuatkan kulit lembut, lembap dan licin

Kolagen Ikan

  1. Sumber premium kolagen
  2. Kadar penyerapan lebih tinggi
  3. Sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan di daratan

Ekstrak Kerang-Kerangan

  1. Penting dalam sistesis bendalir sinovio bagi melicinkan pergerakan sendi
  2. Melembapkan mata
  3. Melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus Acidophilus

  1. Membantu mengimbangi mikroflora usus
  2. Memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

Vitamin C

  1. Menggalakkan pembentukan kolagen
  2. Bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit

Vitamin B

  1. Membantu proses metabolisma lemak, protein, dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen

Collagen Powder Shaklee adalah kolagen yang ternyata kaya dengan collagen sebab ia tersenarai sebagai ramuan pertama, lihat “fish scale extract (red snapper)”. Itu adalah bukti kolagen Shaklee diambil daripada sisik ikan merah.

Kebanyakkan kolagen produk lain di luar, ramuan utamanya ialah perisa tambahan termasuk gula dan krimer, kuantiti kolagennya sikit sangat sebab itu harganya jauh lebih murah.

**Ramuan serbuk kolagen Shaklee adalah 100% tulen, semulajadi dan selamat, tiada perangsang, tiada gula, tiada pengawet mahupun pewarna.

Mengikut kajian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee, Collagen Powder Shaklee terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu ! (Sekitar 4 kotak Collagen Powder)

Diet Yang Amat Penting Untuk Pembentukan Kolagen

Seterusnya, diet yang amat penting untuk merangsang kembali kolagen. Terutamanya antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E. Lebih-lebih lagi dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah dan sayur yang bewarna cerah dan terang seperti tomato, oren, dan limau gedang semua ini mengandungi Lycopene yang sangat-sangat membantu mengurangkan kesan pengurangan kolagen akibat penuaan. Buah-buahan macam berries (strawberries, blueberries, blackberries) pula kaya dengan Vitamin C yang merupakan komponen utama yang menyokong penghasilan semulajadi Collagen dalam badan.

Sayur-sayuran hijau pulak, membekalkan glucosinolates kepada kulit yang sangat-sangat membantu melawan sel radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan menyerang kolagen.

Asid lemak baik seperti minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 ataupun dikenali sebagai EPA, sangat bagus untuk kulit terutama kulit bermasalah seperti jerawat kerana ia mengandungi sifat anti-radang dan anti-bengkak. Oleh itu, ia sangat bagus untuk penyembuhan kulit. Elakkan banyak mengambil makanan yang kaya dengan kanji dan juga gula, kerana menyumbang kepada kulit bermasalah, melambatkan penyembuhan kulit dan makanan kepada radikal bebas yang bahaya.

Sekotak Collagen Powder Ada Berapa? Tahan Lama Mana?

Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet. Jika betul betul inginkan kesan yang bagus, ambil satu sachet setiap hari. Tapi jika ingin berjimat, boleh di ambil selang sehari selama sebulan.

Macam Mana Cara Makan Collagen Shaklee Ni?

Ia hadir dalam bentuk serbuk yang di datangkan di dalam sachet (uncang). Hanya larutkan sepeket uncang dalam air sejuk dan sedia diminum. Boleh juga dilarutkan dalam kordial mahupun jus. Sedap diminum sejuk sejuk.

Kenapa Collagen Powder Harga Mahal?

Mahal kerana Collagen Powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan merah (red snapper) yang sememangnya dikenali sebagai sumber kolagen berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kebanyakkan collagen di pasaran hanya menggunakan kolagen dari ikan salmon dan sumber lain. Harga pasaran juga untuk kolagen ikan merah ini boleh mencecah ke RM400- RM500. Tapi di Shaklee tidak sampai RM300 pun!

Tambahan pula, ia diadun dengan bahan-bahan semulajadi lain yang telah diuji keberkesannya pada kulit kita. Memang confirm SELAMAT, SEMULA JADI dan BERKESAN! Itu jaminan Shaklee !

Berapa Lama Nampak Kesan?

Kesan Shaklee Collagen Powder berbeza beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke-3 dah rasa kulitnya lembap dan moist. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 8 minggu pertama.

Antaranya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya.

Untuk tempahan, sila klik BUY NOW.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge