Manfaat Minyak Ikan dan Asid Lemak Omega 3 Untuk Kecantikan

Manfaat Minyak Ikan dan Asid Lemak Omega 3 Untuk Kecantikan. Minyak ikan berasal dari tisu lemak pada ikan. Ia kaya dengan asid lemak omega 3 yang dipanggil sebagai Docosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA), minyak ikan sebenarnya telah mendapat populariti atas sebab kelebihan fungsinya tidak tertumpu kepada satu sahaja. Sejak akhir-akhir ini, suplemen kesihatan telah mendapat perhatian luas dalam sektor kesihatan terutamanya, asid lemak omega 3 adalah penting untuk diamalkan terutamanya individu yang tidak memakan ikan berlemak yang cukup. Jadi minyak ikan secara am-nya, terdiri daripada pelbagai peringkat asid lemak omega 3 yang mengandungi pelbagai jenis asid baik, yang memberi manfaat kepada pengguna.

Nilai Nutrisi Minyak Ikan Omega 3

Ia adalah sumber Vitamin A dan Vitamin D yang sangat baik, tidak lupa juga bahawa kandungan natriumnya sangat rendah. Lemak tepu dan kolestrol dalam minyak ikan merupakan peratusan yang tinggi. Protein, karbohidrat, dan mineral hampir tiada, dan hampir dianggap boleh diabaikan dalam minyak ikan.

Jenis-jenis Asid Lemak Omega 3

  1. Eicosapentaenoic Acid (EPA) – Satu jenis asid lemak omega 3 yang biasa dijumpai pada kebanyakan ikan, EPA bertindak pendahulu kepada bahan kimia yang terlibat dalam pembekuan darah dan keradangan dalam tubuh.
  2. Docosahexaenoic Acid (DHA) – DHA merupakan komponen utama dalam retina manusia dan juga terdapat dalam jumlah besar pada bahagian lain seperti sperma, susu ibu, dan bahagian otak. Sumber makanan DHA berasal dari rumpai laut yang boleh dimakan untuk manfaat serta meningkatkan fungsi otak yang sihat.
  3. Alpha-Linolenic Acid (ALA) – ALA merupakan asid lemak omega 3 yang mengejutkan anda, dimana ia kebanyakkan terdapat dalam sumber tumbuhan seperti benih dan kacang, ini adalah asid lemak asas yng diperlukan untuk badan berfungsi dan juga memberi manfaat tambahan kepadaa kesihatan. Sesetengah kacang, biji, dan minyak sayuran mengandungi ALA, yang boleh ditukarkan kepada DHA dan EPA dalam badan.

Kepentingan Minyak Ikan Omega 3 Untuk Kecantikan

Minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega 3 mempunyai banyak manfaat dan kepentingan yang perlu dititik beratkan dalam diet seharian. Antaranya, asid lemak omega 3 mempu mengurangkan risiko strok jantung, mengurangkan gejala kemurungan, mengurangkan risiko darah tinggi, gangguan kekurangan perhatian, hiperaktif, sakit sendi, arthritis, ekzema, keradangan dan sebagainya.

Kepentingan Minyak Ikan Untuk Kecantikan
Kepentingan Minyak Ikan Untuk Kecantikan

Sebagai individu dewasa, kita disarankan untuk mengambil 500 hingga 1,000 mg asid lemak omega 3 setiap hari. Manfaatnya adalah membantu mengurangkan berat badan, mengawal kolestrol pada tahap yang ideal, mencegah alzheimer dan arthritis, dan sebagainya. Demi membantu menaiktaraf kesihatan yang baik untuk setiap putaran hayat, minyak ikan omega 3 adalah satu yang mesti diambil dalam diet seharian anda.

Manfaat Minyak Ikan Omega 3 Pada Kulit

Asid lemak Omega 3 telah menunjukkan sifat-sifat untuk melindungi kulit dari kerosakan matahari. Terutamanya EPA, ia telah diikhtiraf untuk melindungi kulit daripada sinaran UV, kulit terbakar, kerosakan pada kulit akibat berjemur, dan memelihara kulit pada paras DNA. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mempunyai peranan penting dalam menghalang kulit kita dari kanser kulit juga sebenarnya.

Minyak ikan secara tidak langsung sebenarnya mengawal pengeluaran minyak dalam kulit agar ia tetap terhidrasi setiap saat dan mencegah dari jerawat tumbuh pada kulit. EPA pula berfungsi sebagai antioksidan serta anti-radang, ini juga membantu dalam memperbaiki masalah kulit. Sesetengah masalah kulit, ia menunjukkan perbezaan utama seperti:

  1. Kulit Jerawat – Asid Lemak EPA mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kulit, dan ini membantu menguruskan parut kulit jerawat. Jerawat biasanya adalah hasil daripada pengeluaran minyak yang berlebihan, dan minyak ikan mempunyai fungsi yang sempurna untuk menghalang minyak yang berlebihan. Asid lemak omega 3 bertindak dengan omega 6 di dalam badan, seterusnya mengurangkan keradangan yang serta mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat.
  2. Stretch Marks – Perubahan tertentu pada diet kita dapat mengurangkan peluang kita mendapat tanda stretch mark. Makan banyak makanan yang kaya dengan kandungan Zink, seperti kacang, buah-buahan, benih, daging dan lain-lain. Kebanyakannya mengandungi DHA asid lemak omega 3yang boleh membantu kita menjalani diet yang tinggi zink. Gabungan minyak ikan dan primrose juga boleh mengekalkan kulit kita dengan baik serta melembabkan dari dalam seterusnya boleh mencegah stretch marks.
  3. Kedutan – Seperti kebiasaannya rawatan dengan minyak ikan perlu diambil secara minum atau kapsul, namun hasilnya adalah mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesutan pada kulit. Minyak ikan sebenarnya perlu disapu pada kulit. Ini bukan sahaja membantu menghilangkan garis halus secara beransur-ansur, tetapi banyak vitamin yang ada  di dalamnya boleh menghidrat semula kulit kita dan tidak menua. Selain ia mampu mengelakkan kedutan terhasil dan menjadikan kulit kita sentiasa kelihatan lebih muda remaja dalam jangka masa yang panjang.
  4. Kulit Kering – Ini adalah tanda bahawa badan kita kurang daripada asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 memebantu menjaga sel-sel anda terhidrat dan kuat berpanjangan, mencegah kulit daripada menggelupas. Oleh kerana pencemaran yang semakin meningkat, sumber utama lemak omega 3 seperti ikan, menjadi sumber yang kurang berdaya maju seterusnya menaiktarafkan makanan tambahan yang lebih popular sebagai langkah pencegahan mengalami kulit kering pada profil kesihatan kita. Tambahan pula, asid lemak omega 3 dari minyak ikan sangat memberi manfaat besar untuk menghidratkan kulit serta mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.

Cara Mengaplikasi Minyak Ikan Omega 3 Pada Wajah

  1. Pegang kapsul minyak ikan di antara ibu jari dan telunjuk anda. Pastikan anda memegang kapsul ini di atas piring kecil.
  2. Ambil pisau dan potong pada bahagian bawah atau tepi kapsul, picit minyak ikan dari kapsul ke dalam mangkuk.
  3. Dabkan kapas muka ke dalam minyak ikan dari piring kecil, kemudian gosokkan lembut pada wajah dan usapkan ke atas.
  4. Pastikan keseluruhan minyak dalam piring digosok secara rata pada wajah.
  5. Ulangi dua kali sehari pada waktu mandi.

Kesan Sampingan Minyak Ikan Pada Kulit.

Sekiranya dibeli minyak ikan daripada jenama yang tidak di ikhtraf atau minyak ikan murah, bahan-bahan tersebut mungkin tidak semestinya menimbulkan tindak balas alahan. Walaupun kadang kala, sesetengah ikan mempunyai terlalu banyak bahan kimia kerana cara mereka dibiakkan, dan boleh menimbulkan bahaya jika kadar merkuri yang tinggi wujud. Ini boleh menimbulkan tindak balas gatal, alahan, dan banyak lagi masalah kulit yang lain.

Manfaat Minyak Ikan Omega 3 Pada Rambut

Asid lemak omega 3 yang terdapat dalam minyak ikan boleh memberi manfaat kepada rambut anda, menjadikannya lebih kuat dan berkilau. Nutrien yang terdapat di dalam asid lemak omega 3 memelihara folikel rambut dan memberikan kelebihan yang kuat dan lebih tajam agar tidak mudah pecah. Minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kepala cenderung berkurangan apabila kita meningkat usia, jadi kapsul minyak ikan bertindak sebagai makanan tambahan dalam memerangi kekeringan  kulit kepala yang menyebabkan berkedut dan rapuh. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa folikel rambut menjadi tumpul kerana kekurangan asid lemak omega 3.

Dengan pengambilan 3 kapsul minyak ikan setiap hari, membolehkan kita mempunyai rambut yang cantik dan sihat. Pengambilan asid lemak omega 3 ini haruslah dari sumber yang di ikhtiraf seperti Omega Guard Shaklee. National Institute of Health (NIH) mengesyorkan 500 mg pengambilan minyak ikan setiap minggu untuk orang dewasa yang sihat. Bagi orang dewasa yang mempunyai risiko penyakit jantung, adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk meningkatkan dos tersebut.

Makanan tambahan minyak ikan semakin meningkat disebabkan kekurangan asid lemak omega 3 pada pengambilan diet harian.

Minyak Ikan Omega 3 Untuk Pertumbuhan Rambut

2 ekor ikan seminggu barangkali mampu memenuhi dos yang disyorkan, sumber ikan semestinya salmon, haribut, ikan sardin, ikan kod dan ikan keli.

Omega 3 juga boleh didapati dalam pelbagai sumber seperti:

  • Kacang – Jumlah asid alpha-linolenic (ALA) yang tertinggi terdapat dalam walnut. 2.5 gram ALA berasal dari satu ounce Walnut.
  • Benih – Sekitar 2.2 g ALA terdapat dalam setiap sudu teh Flaxseed.
  • Telur – 1 telur besar mengandungi 0.4 g asid lemak omega 3
  • Minyak Benih – 8.5 gm ALA terdapat  dalam setiap sudu besar minyak Flaxseed.
  • Minyak Canola, Kerang, Biji-bijian, Minyak Kacang,  dan cara yang paling biasa untuk memakan minyak ikan adalah melalui kapsul minyak ikan.
Simptom Kekurangan Omega 3 Dalam Badan Untuk Tujuan Kecantikan
Simptom Kekurangan Omega 3 Dalam Badan Untuk Tujuan Kecantikan

Minyak Ikan Untuk Menurunkan Berat Badan

Asid lemak omega 3 bukan sahaja menggalakkan kesihatan yang baik, tetapi juga sebagai penyokong proses menurunkan berat badan. Ianya tidak semestinya membina otot, tetapi ia boleh meningkatkan kualiti senaman. Kehilangan berat badan dengan pengambilan minyak ikan tidak melibatkan diet atau senaman tertentu, jadi cuma dengan minyak ikan boleh membantu kita menurunkan berat badan disamping mengurangkan selera makan kita.

Minyak Ikan Untuk Mata (Meningkatkan Visi)

Berdasarkan kajian penyelidikan, ditunjukkan bahawa perkembangan visi untuk bayi sangat besar apabila ianya berkaitan dengan minyak ikan. Bayi yang diberi minyak ikan sejak dari hamil dan juga melalui susu ibu menunjukkan penglihatan yang lebih baik pada usia 5 bulan berbanding dengan bayi yang tidak diberi omega 3. Pada orang dewasa, lemak omega 3 membantu melindungi  mata dari sindrom mata kering dan degenerasi makular mata. Minyak ikan menurunkan tekanan mata tinggi pada mata yang menjaga penglihatan dalam bentuk yang lebih baik.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

 

Untuk tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

Untuk Maklumat lanjut untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE (SID) secara online mahupun offline, anda boleh hubungi saya segera di:-

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge