Cara Atasi Sindrom Malas Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Cara Atasi Sindrom Malas Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan. “ADUH, malas sungguh rasanya!”. Bukan saja malas, tubuh pun rasa macam biskut yang masuk angin, lemau. Mata pula seperti di jahit, sukar sekali hendak dibuka. Daya tumpuan atau fokus memang ke laut. Hendak buat apa pun, pergerakan lambat dan perlahan macam sloth.

Cara Atasi Sindrom Malas di Bulan Ramadhan
Cara Atasi Sindrom Malas di Bulan Ramadhan

Mengapa begini rasanya, apabila masuk saja bulan puasa? Apakah ini berpunca daripada keadaan fizikal tubuh atau sikap kita sendiri? Tidak dinafikan, menjelang Ramadhan, ‘Sindrom Muslim Malas’ sering dialami oleh mereka yang berpuasa.

Sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda menyingkirkan rasa malas bagi memperoleh manfaat Ramadhan. Cubalah untuk bersikap proaktif. Ia bermakna anda bermula secara aktif dengan merancang sebelum tiba bulan yang penuh rahmat.

Pada tahap ini, anda akan menjadualkan aktiviti di Bulan Ramadhan dan mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mengganggu amalan anda di bulan puasa Pertengahan awal Syaaban adalah masa terbaik untuk merancang.

Selain itu, tidak dinafikan tidak cukup tidur adalah penyumbang terbesar rasa malas yang dialami tidur bila mendapat peluang dan tidak dapat memberi tumpuan jika tidak tidur.

Ada juga yang meninggalkan amalan bersahur kerana berasa terlalu mengantuk atau ingin tidur lebih lama. Yang pasti, mendapat tidur yang cukup di bulan Ramadhan adalah satu cabaran.

Dr Mohammad Rafique, Ketua Perubatan Pulmonari dan Tidur di Hospital Prime, Dubai memberitahu Gulf News, agar menggantikan waktu tidur yang kurang pada siang hari di sepanjang di bulan Ramadhan untuk gaya hidup lebih sihat.

“Mendapatkan waktu tidur yang minimum empat atau lima jam sebelum sahur, dan beberapa jam selepas sahur adalah corak tidur terbaik kepada mereka yang berpuasa,” kata Dr Rafique.

Namun tidak semua boleh melakukannya, jadi cubalah dapatkan ‘power nap’ sebelum berbuka selama setengah jam bagi mengekalkan tenaga di sepanjang hari.

Menurut Dr Rafique, berdasarkan pemerhatian tiada perubahan pada kualiti tidur di bulan Ramadhan . Maksudnya tidur yang cukup tidak akan membuatkan seseorang berasa mengantuk.

Beliau menjelaskan, apa yang membuatkan seseorang tidak boleh tidur pada waktu malam ialah, makan secara berlebihan atau tidur lewat. Ini meningkatkan asid refluks yang menyebabkan pedih hulu hati dan mengganggu tidur.

Sekiranya anda hanya mula tidur selepas sahur selama beberapa jam, mendapatkan ‘power nap’ pada siang hari adalah sangat disarankan.

Berapa lama perlu tidur?

Menurut Dr Babu Shershad dari First Medical Centre, Dubai, tempoh masa tidur berbeza bagi setiap individu.

“Setiap individu memerlukan waktu tidur yang spesifik bergantung pada berapa aktif gaya hidup mereka. Ssetengah orang perlu tidur selama lapan jam, sesetengah pula boleh berfungsi dengan sempurna walaupun hanya tidur tiga atau empat jam pada waktu malam,” katanya.

Kitar tidur terdiri daripada beberapa peringkat. Kitar bermula dengan tahap awal di mana anda mudah terbangun dan perlahan-lahan masuk ke tahap tidur yang lena dikenali sebagai Rapid Eye Movement (REM).

“Tidur yang berkualiti bergantung pada berapa lama tahap REM mereka. Ini ialah masa di mana sel tubuh mula dibaiki dan anda bermimpi,” menurut Dr Shershad.

Merupakan tidur ‘yang paling menyegarkan’, beliau memberitahu tahap REM adalah sering diganggu semasa bulan Ramadhan, iaitu apabila anda bangun untuk bersahur. Tidur yang terganggu boleh menyebabkan anda berasa kurang bertenaga dan daya tumpuan serta tidak cukup rehat sepanjang hari.

Tidur sebentar pada waktu tengah hari bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari
Tidur sebentar pada waktu tengah hari bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari

“Memandangkan Ramadhan hanya sebulan, anda dicadangkan untuk tidur sebentar pada siang hari. Berapa lama masanya, bergantung pada setiap individu dan tempoh REM pada malam sebelumnya,” katanya.

Bagaimana mendapat tidur yang cukup?

Tidur sebentar boleh menjadi sumber tenaga pada bulan Ramadhan, namun harus dihadkan agar tidak menjadi punca anda tidur lewat pada malam hari.

Dr Emad Kowatli, Pakar Gangguan Tidur di American Hospital, Dubai memberitahu, kurang tidur boleh menyebabkan fungsi, prestasi, daya kognitif tubuh berkurangan dan gangguan memori.

Jadi Dr Kowatli mencadangkan dua cara penyelesaian. Pertama, tidur sebentar pada siang hari. Idealnya, sebelum jam 4 petang dan kurang daripada 45 minit bagi mengelakkan tidur malam terganggu. Tidur siang yang terlalu lama, mengganggu tidur malam dan mencetuskan kitaran tidur yang tidak sihat.

Cara penyelesaian kedua ialah, tidur lebih lama pada hari cuti,”Sebagai contoh, sekiranya anda berhutang selama 20 jam, tidak bermakna anda perlu tidur selama itu, tetapi tidur lebih sedikit daripada waktu tidur yang biasa semasa hari cuti. Mungkin separuh atau kurang daripada separuh. Ia sudah memadai.”

Dr Kowatli mengingatkan mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk. “Memandu dalam keadaan mengantuk umpama memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

Atas sebab itu, pemandu lori di Amerika Syarikat yang memandu dalam tempoh yang panjang diberikan cuti seminggu sebelum bekerja semula seminggu kemudian.

Bagi mengoptimumkan prestasi pada waktu siang, Dr Kowatli mencadangkan agar dibuat rutin yang mendorong kepada amalan tidur yang sihat.

Mengapa Anda Perlu Tidur Sebentar

Pernah rasa ingin tidur di meja kerja? Sebenarnya, tidur sebentar mempunyai kesan yang besar kepada kesihatan tubuh. Sains membuktikan mengapa anda harus tidur sebentar pada waktu tengah hari.

  1. Membantu anda lebih sabar sewaktu berdepan dengan tugasan yang sukar. Menurut Ketua Penyelidik, Jennifer Goldschmied, kajian dalam Personality and Individual Differences mendedahkan individu yang tidur sebentar memiliki daya ketahan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak tidur.
  2. Membantu meningkatkan sistem imun apabila tidur anda terganggu pada waktu malam. Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, tidur sebentar selama 30 minit boleh menterbalikkan impak hormon kesan daripada tidur yang terganggu. “Ini kajian pertama yang mendapati tidur sebentar mampu mengekalkan kesihatan biomarker neoroendokrin dan imun ke paras normal,” kata Dr Brice Faraut.
  3. Meningkatkan memori. Ahli neurofisiologi di Universiti Saarland mendapati tidur sebentar antara 45-60 minit menghasilkan peningkatan lima kali ganda dalam mengembalikan maklumat daripada memori. Dalam kajian mereka, responden yang tidur sebentar berupaya mengingati dua pasang perkataan dengan lebih baik berbanding dengan mereka yang menonton DVD.
  4. Membantu jantung. Kajian penyelidik Greek mendapati tidur sebentar pada waktu tengah hari boleh merendahkan tekanan darah dan mengurangkan bilangan ubat anti hipertensi yang diambil.

Credit : Majalah iSihat

Selain itu, pengambilan nutrisi yang lengkap juga dapat membantu mencegah badan kita daripada rasa penat dan mengantuk menjalani rutin harian di bulan Ramadhan.

Karbohidrat

Ketika berpuasa, pengambilan karbohidrat sangat penting untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Hal ini kerana, karbohidrat memiliki manfaat sebagai pengecas sandaran glikogen dalam tubuh badan kita.

Selain itu, karbohidrat juga mencetus rembesan hormon insulin yang berfungsi untuk mengoptimalkan otot-otot pada tubuh kita.

Oleh hal yang demikian, pengambilan 3 biji kurma ketika berbuka puasa amatlah disarankan kerana kurma memiliki kandungan karbohidrat yang sangat tinggi.

Untuk mereka yang tidak suka makan kurma, boleh gantikan dengan pengambilan makanan tambahan Meal Shakes Shaklee sebagai ganti pengambilan karbohidrat yang diperlukan untuk tubauh badan.

Protein

Kandungan protein sangat penting untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita ketika berpuasa.

Kandungan protein boleh didapati daripada 3 jenis makanan seperti susu, telur dan kacang soya.

Hal ini kerana, protein ini sendiri berfungsi untuk memulihkan otot-otot setelah berpuasa, dan sangat disarankan untuk memenuhi keperluan protein pada badan 28 gram ketika bersahur dan berbuka.

Kita juga digalakkan untuk mengamalkan protein yang berkualiti tinggi dengan menggantikan pengambilan protein kepada 3 sudu ESP Shaklee bersama 300 ml air, sekali gus melengkapkan pengambilan 28 gram protein untuk setiap hidangan.

Antioksida

Pengambilan Vitamin C dan Vitamin E juga penting untuk keperluan nutrisi tubuh badan kita.

Kedua-dua vitamin ini berfungsi sebagai antioksida yang merangsang tubuh badan untuk lebih sihat dan tidak mudah jatuh sakit ketika berpuasa.

Keperluan nutrisi ini boleh didapati dalam pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan ketika bersahur dan berbuka puasa.

Untuk individu yang berpuasa, pengambilan Vitamin C yang disarankan 1,050 mg setiap hari bersamaan dengan 15 biji limau mandarin.

Manakala, untuk keperluan harin Vitamin E pula disarankan minimum 400 IU bersamaan dengan 1kg biji gandum + 500ml minyak bunga matahari + 8 kg bayam +500 g badam.

Dan kedua-dua Vitamin ini boleh digantikan pengambilannya dengan 2 biji Vitamin C Shaklee dan sebiji Vitamin E Complex Shaklee setiap hari untuk memenuhi keperluan badan kita.

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh juga menghubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

 

 

 

3 thoughts on “Cara Atasi Sindrom Malas Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

  1. Kan kadang2 rasa malas tu tinggi kalau berpuasa.. Tapi itu salah satu cabaran yang kita kena hadap.

    Antara sebab rasa malas, sebab kita tak cukup sumber tenaga, sebab tu kena jimat tenaga dengan tidur yang cukup, agihkan tenaga dengan sebaiknya dan dapatkan nutrisi yang cukup semasa bersahur
    Dedaun Comel recently posted…Senarai Sabahan BloggerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
WordPress spam blocked by CleanTalk.