Cara Sihat Dan Mudah Menangani Sembelit di Bulan Ramadan

Cara Sihat Dan Mudah Menangani Sembelit di Bulan Ramadan. Sebut sahaja bulan Ramadan selain gastrik, sembelit merupakan antara isu lazim yang dihadapi. Sebenarnya, kalau bukan bulan Ramadan pun masalah sukar membuang air besar ini kerap terjadi dan ia merupakan simptom yang tidak sihat pada tubuh badan anda.

Cara Sihat Dan Mudah Menangani Sembelit !
Cara Sihat Dan Mudah Menangani Sembelit !

Ia dianggap isu peribadi namun hakikatnya, berdasarkan kajian yang dibentangkan dalam American College of Gastroenterology Annual Meeting pada tahun 2015, sekitar 15 peratus populasi berdepan masalah sembelit yang kronik. Jumlah tersebut mewakili 63 juta penduduk di Amerika Syarikat.

Terdapat banyak sebab yang mendorong kepada sembelit. Ia termasuklah hipertiroidism, irittable bowel syndrome (IBS), dan mengabaikan desakan untuk ke tandas. Selain itu, sesetengah ubat-ubatan seperti pil anti-kemurungan, antacid (seperti kalsium), ubat tekanan darah tinggi dan suplemen zat besi turut menyumbang kepada sembelit.

Begitu juga sekiranya anda kurang minum air. Bagaimanapun, salah satu sebab utama sembelit ialah pengambilan diet yang tidak seimbang, terutamanya mengambil terlebih makanan terproses dan rendah serat.

Wanita hamil atau selepas melahirkan, warga emas kerana kurang bergerak (terlantar) dan kurang aktiviti dalam sistem penghadaman serta pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan disebabkan kurang bergerak juga antara golongan yang kerap berdepa masalah sembelit.

Sebelum berbincang lebih lanjut, jom kita ketahui apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem penghadaman. Sistem penghadaman secara teknikal ibarat silinder di dalam tubuh yang mengandungi jus penghadaman dan bakteria.

Saluran penghadaman memainkan peranan penting pada tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan. Bermula di mulut, sewaktu mengunyah, makanan akan dicampurkan dengan air liur.

Najis adalah hasil terakhir daripada sistem penghadaman yang terakhir di usus besar, selepas kesemua nutrien dan air diserap, meninggalkannya hanya bahan buangan yang tidak boleh digunakan. Nutrien yang diserap mengandungi tenaga, yang kita sebut kalori.

Faktor lain yang memberi kesan kepada kesihatan tubuh dan risiko terjadinya sembelit ialah amaun dan jenis bakteria dalam usus. Mikrob-mikrob tersebut bertanggungjawab dalam menguraikan makanan, bagaimana kalori atau tenaga diproses dan boleh meningkatkan atau mengurangkan risiko alahan, obesiti dan banyak lagi.

Penyelidik juga mengenalpasti, sewaktu usus bertindak balas terhadap rasa stress dari otak, otak juga pada masa yang sama menerima signal daripada usus yang mencetuskan rasa sedih.

Maksudnya, sistem penghadaman berkait rapat dengan lebih daripada masalah sembelit, diarea dan penambahan atau penurunan berat badan. Tetapi juga boleh memberi kesan kepada bagaimana anda melihat, merasa dan bertindak balas!

1,000 Spesies Bakteria

Dianggarkan terdapat 1,000 spesies bakteria yang hidup secara semulajadi dalam saluran penghadaman. Kebanyakkannya tidak berbahaya, sesetengahnya baik untuk kesihatan dan ada juga yang berbahaya kepada kesihatan.

Keseimbangan bakteria baik dan berbahaya adalah penting bagi mengekalkan kesihatan tubuh. Sekiranya keseimbangan terjejas (amalan pemakanan tidak sihat, stres, peningkatan usia, pengambilan ubat, dan terkena jangkitan), kita akan berdepan masalah antaranya cirit birit, sembelit, perut kembung, masalah kulit serta sistem pertahanan tubuh yang lemah.

Bagaimanakah cara paling sihat dan mudah untuk menjaga keseimbangan bakteria baik dalam usus? Selain daripada gaya hidup sihat (mengurangkan makanan terproses, bersenam dan mengambil lebih serat), anda boleh mengamalkan probiotik setiap hari.

Probiotik adalah bekteria hidup yang diambil dengan bilangan yang banyak bagi memperbaiki keseimbangan bakteria dalam usus.

Ia penting kerana berupaya melancarkan pergerakan usus (mengelakkan sembelit dan cirit-birit), menjaga keseimbangan antara bakteria baik dan bakteria berbahaya, mengurangkan toksin dalam badan dan menguatkan sistem imun tubuh (lebih 50 peratus sel imun berada di usus).

Berbicara mengenai probiotik, nama Dr Minoru Shirota cukup sinonim. Beliau adalah doktor perubatan dan pakar mikrobiologiyang telah berjaya mengkulturkan strain bakteria asid laktik yang kuat yang dinamakan Lactobacillus Casei Strain Shirota, yang berupaya menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam badan dan dengan itu membantu mengekalkan kesihatan.

Kajian beliau secara bertahun-tahun dalam bidang mikrobiologi inilah yang membawa kepada penghasilan susu kultur Yakult pada tahun 1935. Sejak itu, Yakult telah berkembang dan kini sinonim dengan penghasilan produk yang berkualiti tinggi.

Berdasarkan penyelidikan lebih 80 tahun di Jepun, Yakult adalah hasil daripada penemuan bijak tentang penggunaan probitik untuk kehidupan sihat.

Menerusi penemuan ini juga Dr Shirota telah merealisasikan tiga teori beliau yang digelar Shirota-ism yang menyarankan pengamalan pencegahan penyakit melalui pengambilan nutrien yang sesuai untuk usus sihat yang membawa kepada panjang umur dan memastikan kesihatan yang baik boleh dicapai oleh seramai manusia yang mungkin.

9 Sebab Mengapa Anda Kerap Sembelit

Antara sebab terjadinya sembelit oleh kerana:

9 Sebab Mengapa Anda Kerap Sembelit
9 Sebab Mengapa Anda Kerap Sembelit

1. Malas Buang Air Besar

Malas untuk menunggu kesemua najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Hal ini selalu terjadi kepada kanak-kanak yang baru belajar ke tandas.

2. Najis Terlalu Keras

Najis yang keras semestinya sakit ketika meneran. Ia boleh menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum.

3. Selalu Tahan Buang Air Besar

Menahan daripada membuang air besar ini selalu terjadi kepada anda yang sedang bekerja, di dalam perjalanan jauh, tandas tidak selesa, atau sebagainya.

4. Angin Dalam Tubuh

Masalah peghadaman juga boleh disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut.

5. Kurang Cecair Dalam Tubuh

Kekurangan fiber dan cairan dalam badan merupakan faktor yang paling utama dan paling mudah untuk diselesaikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet serta banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari.

6. Stress

Selain daripada pemakanan yang tidak sihat, terlalu stress juga boleh menyebabkan sembelit.

7. Trauma Selepas Bersalin

Rasa takut untuk meneran merupakan trauma yang teruk yang biasanya dialami oleh wanita selepas bersalin boleh menyebabkan sembelit.

8. Kurang Zat Besi

Tiada tenaga dalam badan disebabkan kurang zat besi dalam badan.

9. Faktor Umur

Biasanya warga emas selalu mengalami sembelit akibat fungsi organ yang kurang efisyen, kurang pergerakan badan serta kurang bersenam.

9 Cara Mengatasi Masalah Sembelit

1. Pengambilan Serat Dalam Diet Seharian

Serat banyak terdapat di dalam sayuran dan buah-buahan. Jadi, sila lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan.

2. Minum Air Secukupnya

Iklim di negara kita menuntut badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 3.0 liter air setiap hari.

3. Pengambilan Rempah dan Herba

Kebanyakkan herba dan juga rempah ratus ini mengandungi elemen yang baik untuk sistem penghadaman serta membuang toksin yang terkumpul pada buah pinggang, hati, limpa dan perut. Masukkan herba dan rempah ratus dalam setiap hidangan makanan seperti halia, kunyit, jintan manis, ketumbar dan cili merah.

4. Cuka Epal / Kurma

Sejurus bangun tidur, minum satu sudu cuka epal/kurma. Ia secara langsung meningkatkan penghasilan asid dalam perut seterusnya membantu sistem penghadaman dan perkumuhan yang lancar.

5. Kolestrol / Lemak Baik

Amalkan pengambilan lemak baik yang yang mengandungi kolestrol baik seperti kekacang, ikan kurau, ikan sardin, ikan kembung, minyak macadamia, minyak zaitun serta avocado.

6. Kurangkan Daging Merah, Lebihkan Daging Putih

Elakkan pengambilan daging merah seperti daging lembu dan kambing, sebaliknya perbanyakkan pengambilan daging putih seperti ikan, ayam dan itik. Pengambil daging sebagai protein ini juga memadai dengan suku pinggan untuk setiap hidangan.

7. Senaman Pernafasan

Setiap hari kita disarankan untuk melakukan senaman pernafasan. Hal ini kerana, pernafasan yang sekata boleh menghilangkan tekanan serta melonggarkan saraf yang tersumbat.

8. Pergerakan Fizikal Yang Kerap

Lakukan regangan badan dan senaman. Senaman mempu meningkatkan simulasi kontraksi usus, melawaskan sistem perkumuhan serta meningkatkan metabolisma.

9. Senaman Mencangkung (Squat)

Amalkan senaman mencangkung in sebanyak 50 kali setiap hari. Ia menggesa untuk membuang air besar apabila terdapat tekanan pada perut dan usus.

Komplikasi Akibat Sembelit Yang Berterusan

Antara simptom atau tanda-tanda yang mungkin anda sedang menghadapi masalah sembelit seperti bau mulut dan badan yang busuk, insomnia, mual dan gatal-gatal badan.

Sembelit yang kerap atau kronik juga boleh menyebabkan penyakit buasir, ia disebabkan oleh anda sering menahan untuk membuang air besar atau koyakan pada kulit disekeliling dubur (anal fissures).

Ia hanya disebabkan oleh najis yang mula mengeras seterusnya meregangkan otot spinchter. Kesannya, mungkin boleh berlaku pendarahan pada bahagian rektum dimana terdapat darah pada permukaan najis.

Kadang kala, akibat regangan yang kuat juga boleh menyebabkan rektum terkeluar (jatuh) seterusnya menjurus kepada pengeluaran lendir (mucus) dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan kronik memerlukan pembedahan bertujuan untuk mengetatkan serta menguatkan otot spinchter dubu sekali gus untu merawat lapisan yang terkeluar tersebut.

Cara Sihat Dan Mudah Menangani Sembelit

Amalkan suplemen yang boleh merawat sembelit. Pemilihan suplemen seharusnya lebih teliti. Hal ini disebabkan terlalu banyak lambakan produk/suplemen yang tumbuh di pasaran bak cendawan selepas hujan. Antara suplemen yang selamat diamalkan untuk masalah sembelit adalah seperti berikut:-

Cara Sihat dan Mudah Untuk Menangani Sembelit
Cara Sihat dan Mudah Untuk Menangani Sembelit

Herb-Lax Shaklee

Fungsi utama Herb-Lax adalah untuk mencuci kerak usus, meningkatkan proses pencernaan supaya lebih efisyen, sekali gus untuk melegakan sembelit.

Herb-Lax mengandungi 9 herba yang boleh membantu masalah usus dan perut seperti sembelit, menyingkirkan toksin serta tidak lawas membuang air besar.

Namun, ia tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak serta wanita hamil.

Untuk tempahan Herb-Lax, sila klik di SINI.

Ostematrix Shaklee

Ostematrix merupakan suplemen yang mengandungi Kalsium, Magnesium serta Vitamin D.

Fungsi Magnesium merupakan mineral penting untuk kesihatan otot dan kardiovaskular. Hal ini kerana, magnesium berfungsi untuk menormalkan regangan pada dinding kolon seterusnya membolehkan tindakan peristalsis seperti biasa.

Selain daripada itu, magnesium juga bertindak sebagai laksatif ringan dengan meleraikan regangan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air dalam badan.

Hal ini secara tidak langsung membantu untuk melembutkan najis serta menggalakkan fungsi usus yang lebih lancar.

Ostematrix sangat dicadangkan untuk ibu hamil serta warga emas yang mengalami masalah sembelit.

Untuk tempahan Ostematrix, sila klik di SINI.

Mealshakes Shaklee

Untuk kanak-kanak pula boleh amalkan Meal Shakes Shaklee dengan cara membancuhkan bersama air suam atau sejuk untuk kanak-kanak.

Rasa vanilla yang asli pastinya menjadi kegemaran kanak-kanak.

Meal Shakes mengandung magnesium yang mana mampu membantu meleraikan regangan otot di dalam usus si manja anda.

Untuk tempahan Meal Shakes, sila klik di SINI.

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh juga menghubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge