Apakah Keperluan Nutrisi Lengkap Harian Yang Diperlukan?

Apakah Keperluan Nutrisi Lengkap Harian Yang Diperlukan? Jom kita ambil tahu bagaimana caranya untuk kita menjaga kesihatan kita pada tahap yang paling optimum dengan Set Keperluan Harian Shaklee.

Masalah Kita Pada Hari Ini

Kalau kita sedang menikmati kesihatan yang optimum tanpa sebarang penyakit kronik pada hari ini, sudah tentu kita ingin menghargai dan memliharanya sebaik mungkin, kan? Dan cara untuk menjaganya adalah dengan sentiasa mengamalkan nutrisi dan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian.

Kita perkenalkan dengan pyramid makanan yang melengkapi kesemua kumpulan makanan untuk keperluan badan kita. Kemudian ia dikemaskini dengan pemakanan suku-suku-separuh agar ia lebih mudah difahami dan diamalkan, dengan mengajar kita tentang bagaimana untuk mengamalkan makanan yang seimbang dan lebih baik setiap hari.

Pinggan Suku Suku Separuh
Pinggan Suku Suku Separuh

 

Walaupun begitu, tak semua diantara kita yang selalu mengikuti peraturan cara pemakanan yang sempurna seperti di atas. Sudah makanan yang diambil tidak berkhasiat disebabkan terlalu berminyak, berlemak, mengandungi garam dan gula yang tinggi, terdedah pada kuman dan bakteria, jadi berkemungkinan besar makanan tersebut mengandungi kekangan nutrien seperti zat, vitamin dan mineral.

Sedangkan kita perlu juga mencukupkan keperluan nutrien kita sehari-harian. Banyak nutrisi yang badan kita perlukan setiap hari. Contohnya protein, segala kumpulan vitamin, mineral dan juga asid lemak yang sihat. Kalau kita tak mampu untuk cukupkan kesemua keperluan ini mengikut Recommended Daily Allowance yang ditetapkan, maka badan kita akan kekurangan nutrisi penting untuk berfungsi dengan paling optimum.

Bila badan kita tak dapat berfungsi dengan optimum, maka ia sedikit demi sedikit akan mengurangkan keberkesanan setiap organ dalam tubuh badan kita. Perkara ini kalau kita biarkan ia berkurang dalam tempoh masa yang lama, bertahun-tahun contohnya, maka ia berpotensi untuk semakin rosak dan menimbulkan penyakit.

Biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk. Jadi kalau habit pemakan harian kita tak elok, maka kita berisiko untuk mengidap penyakit tertentu pada usia tua kita. Bak kata Profesor Muhaya, bagaikan sedang menempah katil nombor berapa ? dalam wad mana? di hospital pada usia tua kita nanti. Jadi kalau betul kita sayangkan kesihatan kita, kita perlu menjaga pemakanan harian kita, dan yang paling penting: Cukupkan segala keperluan nutrisi harian kita untuk kesihatan yang lebih optimum.

Apakah Keperluan Nutrisi Lengkap Harian Yang Diperlukan?

Untuk membantu kita mencukupkan segala keperluan nutrisi harian kita, Shaklee menyediakan Set Keperluan Harian Shaklee untuk kita amalkan  setiap hari. Amalkannya setiap hari tanpa gagal, agar kita dapat bantu tubuh badan kita mencukupkan keperluan nutrisi hariannya untuk fungsi badan yang paling efisyen.

Tingkatkan pengambilan vitamin dan mineral anda dengan rangkaian produk nutrisi penting Shaklee ini untuk kesihatan yang lebih optimum.

Set Keperluan Harian Lengkap Dari Shaklee Untuk Kesihatan Optimum

Nutrisi penting Shaklee melengkapi keperluan nutrisi asas anda dengan gabungan Shaklee ESP Soy Protein Isolated Powder, Vita-Lea, Omega Guard, B Complex  with Acid Folic dan Sustain Release Vita-C Plus.

Apakah Keperluan Nutrisi Lengkap Harian Yang Diperlukan? Set Keperluan Nutrisi Lengkap Harian Dari Shaklee
Apakah Keperluan Nutrisi Lengkap Harian Yang Diperlukan? Set Keperluan Nutrisi Lengkap Harian Dari Shaklee

Dengan 28 vitamin dan mineral penting, asid lemak Omega 3, 14 gram protein setiap hidangan, 500 mg Vitamin C semulajadi dan 550 mg B complex lengkap dalam setaip hidangan, pek nutrisi penting ini membantu tubuh anda mendapat nutrisi asas berkhasiat yang ia perlukan untuk menyokong kesihatan optimum.

Fungsi Setiap Produk Untuk Set Keperluan Lengkap Harian Dari Shaklee

1. ESP Isolated Soy Protein

Nutrisi asas yang pertama yang paling penting adalah protin. Protin merupakan struktur asas untuk pembinaan sel-sel badan. Sel badan yang dimaksudkan bukan setakat kulit dan organ semata-mata, ianya termasuklah rambut dan kuku.

Jadi protin merupakan nutrisi asas yang memang kita wajib ambil setiap hari. Namun, adakah kita pasti dengan diet harian kita mampu memberikan protin yang lengkap seperti yang badan kita perlu?

Untuk pengambilan protin yang lengkap mestilah mengandungi 9 jenis amino asid perlu, sebab badan kita perlukan 20 jenis amino asid secara keseluruhan.

11 jenis amino asid boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri, manakala 9 jenis kita mesti ambil daripada diet seharian kita. Jika pengambilan asid amino yang tidak lengkap contohnya, anda mengambil 3 jenis amino asid sahaja, 3+11 amino asid berjumlah 14 amino asid. Masih belum cukup 20 amino asid yang badan kita perlu.

Jadi 14 amino asid sahaja, untuk menghasilkan rambut yang sihat dan kuat adalah TIPIS. Kekurangan protein ini secara tak langsung akan memberi kesan terhadap penghasilan kuku, rambut, kulit dan fungsi organ tidak optimum.

ESP Shaklee mengandungi protein yang lengkap iaitu 9 amino asid yang diperlukan oleh badan dan ESP ini juga merupakan protein yang kurang ataupun rendah glisemik indeks.

Tahap glisemik indeks yang rendah merupakan sumber makanan yang memberikan sumber tenaga yang sihat dan bagus untuk jangka masa panjang. Yang mana ia akan memberi rasa kenyang yang lebih lama tanpa bacaan gula meningkat di dalam darah kita.

Walaupun kita tiada label di ESP Shaklee, ESP diperbuat daripada soya non-GMO iaitu soya yang tidak diubah suai secara genetik yang mana ianya dijamin SELAMAT, dan terbaik untuk badan kita.

2. Vita-Lea (Multivitamin)

Untuk produk nutrisi yang kedua pula adalah multivitamin. Ia adalah vitamin yang diperlukan oleh badan kita. Jadi di Shaklee, ia merupakan Vita-Lea Iron Formula yang mana ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral.

Multivitamin ini sangat penting untuk badan kita kerana ia merupakan asas untuk sel-sel kita mendapatkan mikronutrien terutamanya sebab kadang-kadang diet kita nampak macam lengkap, tetapi badan kita tidak mendapat mineral yang sepatutnya untuk menjalankan fungsinya setiap hari. Maka, jika ada kekurangan, sel kita akan berfungsi dengan kurang optimum. Kesannya, kurang efisyenlah fungsi sel dalam badan kita. Sebab itulah kita perlu amalkan multivitmin untuk melengkapkan segala keperluan sel tubuh badan kita.

Jadi, antara nutrisi yang boleh saya tekankan dalam Vitalea adalah zat besi ataupun iron. Zat besi ini sangat penting untuk badan. Zat besi penting untuk penghasilan sel darah merah terutamanya untuk orang yang ada masalah seperti kuranag sel darah merah yang dipanggil anemic, orang yang ada penyakit anemia.

Mereka perlu mengambil zat besi untuk membantu penghasilan sel-sel darah dan memberi tenaga. Darah sangat penting dalam badan untuk membawa oksigen dan oksigen itulah membantu kita untuk terus hidup. Oksigen juga yang membantu otak kita berfungsi secara optimum. Sekiranya oksigen yang cukup tidak sampai ke otak, ‘processor’ otak kita akan menjadi perlahan secara tak langsung ia akan menjejaskan daya fokus, beri rasa mengantuk dan cepat lapar. Jadi, zat besi ini antara nutrisi asas yang kita akan nampak ia macam kecil, namun sebenarnya memberi impak yang besar dalam badan kita.

Kemudian untuk oranag hamil. Zat besi sangat-sangat penting sebab ketika kehamilan dah third trimester, kandungan darah dalam badan ibu akan berganda. Sepatutnya ia akan menjadi double tapi jika ibu tidak cukup zat besi, darah tidak boleh dihasilkan secukupnya dan ia akan menyebabkan ibu itu kurangnya oksigen dan kurangnya sel darah merah.

Oleh kerana kesan dari kekurangan oksigen, ibu akan cepat penat dan kelihatan pucat secara tak langsung ia akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi yang tidak cukup oksigen, biasanya akan mengalami masalah seperti premature baby. Bayi yang kurang matang 7 bulan dah dilahirkan hal ini kesan daripada ibu yang tidak berupaya untuk menhasilkan sel darah merah ketika sesi kehamilan. jadi, pengambilan zat besi sangat-sangat penting semasa hamil terutamanya.

3. Omega Guard

Sumber nutrisi yang ketiga adalah fat ataupun lemak. Bercakap tentang lemak mestilah kita nak lemak yang baik, lemak yang bagi tubuh badan kita sihat dan lemak yang kami cadangkan adalah Omega 3 iaitu asid lemak Omega 3. Ada banyak jenis lemak, tapi antara yang sukar kita dapat dari makanan adalah Omega 3. Dan sebab itulah juga kita meletakkan Omega Guard ini sebagai salah satu di dalam Set Keperluan Harian Shaklee. Kadang-kadang bila kita fikir kita mangambil makan yang seimbang dan cukup nutrisi, sebenarnya kandungan leak Omega 3 tiada langsung dan ia juga akan memberi kesan kepada tubuh badan kita.

Omega 3 sangat penting kepada badan kerana Omega 3 ini antara lemak baik. Ia sangat bagus untuk kesihatan jantung terutamanya, kerana ia akan meningkatkan kadar kandungan kolestrol baik dan pada masa yang sama, apabila kolestrol baik (HDL kolestrol) kita tinggi, secara automatik kadar kolestrol jahat (LDL kolestrol) akan menurun.

Selain daripada itu, Omega 3 sangat bagus untuk otak, mata, dan juga ia memberi perlindungan kepada tulang kita iaitu sistem saraf (saraf tunjang – saraf otak) dan juga sel-sel otak iaitu neuron diberi perlindungan oleh Omega 3 sebab ia adalah sejenis lemak ataupun minyak yang dipanggil Omega 3.

Sangat penting untuk lindung sel-sel badan kita dan kita tak perasan sebenarnya ia memberi kesan yang sangat penting kepada tubuh badan. Jika seseorang itu cukup Omega 3 dan sel otak dia dapat ambil Omega 3 untuk perlindungan neuron dia akan lebih fokus. Dan untuk ibu yang hamil pula Omega 3 sebenarnya penting untuk perkembangan otak bayi dan juga penglihatan bayi.

Jadi Shaklee Omega Guard merupakan sumber Omega 3 yang terbaik dimana kami telah menjalani proses penyulingan sehingga 3 kali secara berperingkat untuk menapis logam berat. Ramai orang yang mengamalkan Omega 3 dalam makanan dan makanan yang terkenal dengan Omega 3 semestinyan ikan salmon. Tapi, salmon sebenarnya mengandungi logam berat yang sangat tinggi seperti merkuri. Dan merkuri sangat merbahaya terhadap tubuh badan kita jika pengambilannya tidak dikawal, dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Mungkin dengan makan salmon, kita akan mendapat Omega 3. Namun secara tak langsung akan meningkatkan juga toksin dalam badan dan boleh menjadi punca penyebab kanser. Itu baru ikan salmon yang tinggi dengan Omega 3, cuba bayangkan jika kita makan ikan lain yang kurang Omega 3, namun kandungan toksin dan logam berat sangat tinggi?

Oleh itu, apabila kita mengamalkan Omega 3 yang ditapis, tulen dan Omega 3 yang asli, organ badan kita akan berfungsi dengan optimum tanpa meningkatkan risiko lain terhadap tubuh badan.

Selain daripada itu, Omega Guard Shaklee merupakan sumber Omega 3 yang tinggi dengan kandungan DHA dan EPA. Jadi kalau kita bandingkan dengan jenama lain dan juga dengan harganya yang sangat berpatutan setanding dengan kualitinya.

4. Sustain Release Vita- C Plus

Sustain Release Vita C Plus Shaklee memberikan kita sumber vitamin C yang terbaik untuk badan sebab Shaklee telah mempatenkan vitamin C dengan vitamin yang bercirikan pelepasan berperingkat (sustain release). Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg vitamin C, dan ia akan melepaskan 100 mg secara berperingkat untuk 5 jam berturut-turut. Hal ini kerana, badan kita hanya boeh menerima maksimum 200 mg vitamin C sahaja dalam masa 1 jam. Secara tak langsung, tiada pembaziran vitamin C yang berlaku seperti mana vitamin C jenama lain yang tidak ber-paten ‘sustain release’.

Vitamin C juga merupakan vitamin asas untuk badan sebab banyak bahagian badan kita yang memerlukan vitamin C seperti gusi yang sihat. Gusi yang sihat secara tak langsung akan memberi kuta struktur gigi yang kuat supaya ia tidak mudah patah mahupun berdarah. Gusi yang sihat adalah penting.

Kemudian vitamin C juga bagus untuk kulit, yang mana ia membantu dalam penghasilan kolagen untuk teguhkan pembentukan kolagen pada kulit kita. Pengambilan vitamin C yang konsisten juga mampu merawat kulit yang rosak untuk kembali sihat.

Selain daripada itu, vitamin C juga diperlukan oleh sendi-sendi kita, iaitu di tempat penyambungan antara tulang sendi yang dikenali sebagai tendon dan ligamen. Bila jumlah vitamin yang cukup dan banyak dalam badan, pembentukan kolagen juga kan lebih banyak. Kolagen bertindak sebagai ‘gam’ yang akan memegang struktur kulit untuk sentiasa tegang dan anjal, selain itu juga kulit akan kelihatan cerah sekata dan mengecilkan liang roma. Dan yang paling menakjubkan, ianya bertindak untuk kulit seluruh badan, bukan sekadar pada wajah. Oleh sebab itulah Vitamin C sentiasa menjadi sebutan ramai iaitu vitamin untuk kecantikan kulit.

Kemudian Vitamin C Shaklee juga mengandungi citrus bioflavanoids. Bioflavanoids ini telah diekstrakkan daripada kulit buah citrus seperti oren dan lemon supaya kesan Vitamin C Shaklee ini lebih menyeluruh.

5. B Complex Dengan Asid Folic

Seterusnya Vitamin paling asas yang diperlukan oleh badan kita secara harian ialah Vitamin B Complex. Vitamin B ini sangat penting kerana ia memainkan peranan utama untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan kita.

B Complex Shaklee merupakan salah satu vitamin asas dan bersifat sebagai ‘vitamin tenaga’ dan ‘vitamin penenang’, ia merupakan elemen utama yang diperlukan secara rutin terutama untuk kaum hawa yang merupakan seorang isteri, ibu dan wanita berkerjaya, tak dilupakan juga suri rumah sepenuh masa.

Vitamin B sangat diperlukan untuk membina tenaga,  meningkatkan metabolisme, sintesis DNA, untuk kesihatan jantung, kulit, mata, pernafasan, saraf, dan keseluruhan fungsi tubuh. Tekanan dan pengambilan alkohol dan ubat-ubatan boleh mengurangkan vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B juga bersifat larut air, jadi sebarang lebihan vitamin B tidak akan disimpan dalam badan, malah akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Jadi, adalah amat penting untuk mengambil B Complex Shaklee setiap hari.

Keistimewaan Shaklee, asid folik di dalam B Complex Shaklee telah dicipta secara semulajadi oleh saintis Shaklee dan ia merupakan asid folik pertama di dunia yang mempunyai kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran adalah bersifat sintetik. Oleh sebab itu, pengambilan B Complex Shaklee amat digalakkan oleh ibu mengandung untuk menggantikan asid folik sintetik yang biasa dibekalkan oleh pihak klinik.

Tahukah anda?

Dr Forrest C. Shaklee mencipta makanan tambahan protein berasaskan tumbuhan yang pertama menggunakan protein soya pada tahun 1961.

Manfaat Set Keperluan Harian Shaklee

Dengan mengamalkan rangkaian Set Keperluan Harian Shaklee ini, ia akan membantu anda mencukupkan segala nutrien harian yang tubuh badan anda perlukan. Jadi tak perlu la anda risau lagi tentang kekurangan nutrisi anda setiap hari lagi.

Katakanlah untuk breakfast anda makan roti canai je. Mana la nak cukupkan sayurnya, buahnya, ataupun proteinnya untuk hidangan sarapan, kan? Jadi, nak cukupkan keperluan nutrisi anda pada pagi itu, cuba amalkan Set Keperluan Harian Lengkap Shaklee ini sejurus selepas sarapan.

Sebab di dalamnya ada Vita-Lea (multi-vitamin) yang dah terkandung segala vitamin dan mineral penting. Begitu juga dengan B-Complex dan Vitamin C yang kesemuanya sepatutnya kaya dalam makanan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kan selesai masalah?

Hari yang bakal ditempuhi pun menjadi lebih tenang, lebih bertenaga, dan badan terasa lebih sihat. Bukan ke itu yang kita nak? Tapi kalau hanya bergantung sepenuhnya nutrisipagi anda dengan roti canai tadi, nanti kasihan la pada tubuh badan anda. Badan anda tidak dapat nutrisi lengkap yang cukup untuk membantu organ anda berfungsi dengan optimum untuk mulakan  hari anda. Kini anda dah tahu kan apakah keperluan nutrisi lengkap harian yang diperlukan?

Insya Allah, dengan full set Set Keperluan Harian Shaklee untuk diamalkan setiap hari ini, ia akan membantu anda rasa lebih bertenaga, lebih cergas, fikiran lebih tajam dan tak mudah jatuh sakit.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

 

Untuk tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

Untuk Maklumat lanjut untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE (SID) secara online mahupun offline, anda boleh hubungi saya segera di:-

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge