Cara Merawat Strok Secara Semulajadi Dan Berkesan

Cara merawat strok secara semulajadi.

Lebih kurang setahun yang lalu, Puan Salmah, penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi, ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air di rumahnya. Dia ditemui oleh anaknya Adam, setelah menyedari si ibu berada terlalu lama dalam bilik mandi.

Beberapai hari sebelumnya, Puan Salimah ada mengadu sembelit dan sukar untuk buang air besar, Puan Salmah terkena serangan strok urat, walaupun berjaya diselamatkan kini dia lumpuh seluruh badan.

Kisah strok dan pesakit ditemui tersungkur di bilik air bukan pertama kali kita dengar. Biarpun begitu, sehingga kini, pakar menyatakan tiada bukti mengaitkan antara insiden strok dan bilik air.

Artikel yang diterbitkan dalam NCBI mendakwa strok sering kali terjadi di kamar mandi kerana mangsa mengalami masalah sembelit. Katanya, proses meneran boleh memberi tekanan yang hebat pada jantung menyebabkan banyak kes serang jantung dan strok berlaku dalam bilik air.

Biarpun begitu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada tahun 2011 mendedahkan setiap tahun sekitar 235,000 orang berusia 15 tahun ke atas, terpaksa disorong kepada bilik kecemasan disebabkan mengalami kecederaan ketika di bilik air, dengan 14 peratus perlu bermalam di wad.

Lebih satu pertiga daripada kecederaan berlaku sewaktu mandi sama ada berendam di dalam tab atau pancuran air. Sementara 34 peratus berlaku tatkala menggunakan tandas. Penyelidik mendapati, kecederaan meningkat seiring dengan peningkatan usia.

Kecederaan sewaktu ingin duduk dan bangun dari tandas agak tinggi dalam kalangan yang berusia 65 tahun dan ke atas `kata Judy A Stevens, ahli epidemiologi di CDC dan ketua penyelidik dalam laporan tersebut. Tandas dengan pemegang sangat membantu golongan warga emas sama ada di dalam tab mandi atau pancuran, di mana anda akan keluar dan masuk.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya, sebelum mendalami lebih lanjut tentang perkaitan strok dan mengapa dikatakan sering terjadi dalam kamar mandi, penting untuk kita tahu faktor-faktor yang sebenarnya menyebabkan strok.

Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu, sama ada disebabkan oleh saluran darah dalam otak tersumbat ataupun pecah
Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu, sama ada disebabkan oleh saluran darah dalam otak tersumbat ataupun pecah

Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu sama ada disebabkan oleh saluran darah termampat ataupun pecah. Fenomena ini menyebabkan bekalan darah akan terhenti dan mengakibatkan sel-sel otak yang kekurangan oksigen akan mulai mati.

Terdapat dua jenis strok yang utama. Yang pertama ialah `Ischaemic Strok` yang terjadi disebabkan oleh saluran darah dalam otak tersumbat. Sekitar 80-85 peratus daripada kes strok yang dilaporkan berlaku adalah daripada jenis ini, “ujar Profesor Madya Doktor Anis Safura Ramli, Pakar Perunding Perubatan Keluarga UiTM Private Specialist Centre.

Yang kedua ialah Haemorrhagic Stroke, iaitu strok yang terjadi disebabkan saluran dalam otak pecah. Walaupun peratusan strok jenis ini lebih rendah iaitu hanya 15-20 peratus, ia lebih serius berbanding Ischemic Stroke di mana 40 peratus daripada kes akan berakhir dengan kematian.

Awasi Tanda-Tanda Strok

Strok boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian termasuklah muka yang berubah, tangan atau kaki menjadi lemah, tidak dapat bertutur dengan jelas, dan pemahaman bahasa juga mungkin terjejas.

“Ketika serangan strok terjadi, otot pesakit mula menjadi lemah dan hilang deria rasa di sebelah badan, sama ada kanan atau kiri. Strok perlu diberi perhatian segera kerana strok yang serius boleh menyebabkan koma dan kematian.

Ada juga di antara pesakit strok yang kadangkala terkena Transient ischemic attacks (TIAs) atau dikenali juga dengan nama strok mini.

TIAs terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu dalam jangka masa yang sekejap. Simptom-simptomnya sama seperti strok, tetapi pesakit akan pulih dalam tempoh masa kurang daripada 24jam.

“Walaupun TIAs tidak menyebabkan lumpuh atau hilang upaya secara kekal, ia merupakan tanda amaran awal bahawa strok akan berlaku sekiranya faktor risiko utama penyebab strok dibiarkan tidak terkawal.

10-15 peratus pesakit yang mengalami TIAs, akan terkena serangan strok dalam jangka masa tiga bulan sekiranya TIA dibiarkan,” ujar Dr Anis.

Tiada Kaitan

Menjawab persoalan tentang kaitan antara strok yang sering kali terjadi dalam bilik air, ini jawapan Prof. Madya Dr Anis.

“Individu mungkin terjatuh di bilik air disebabkan pelbagai faktor seperti sawan pitam, lantai licin dan sebagainya.

Setakat ini tiada lagi fakta saintifik yang boleh mengaitkan mengapa strok kerap terjadi dalam bilik air. Perkara ini terjadi mungkin hanya secara kebetulan kerana strok sebenarnya boleh berlaku di mana-mana.

Tetapi ada kemungkinan pesakit menghasilkan simptom-simptom strok yang dialaminya dan mungkin secara kebetulan menerima serangan strok sewaktu berada dalam bilik air.

Untuk mengaitkan serangan sembelit menjadi faktor utama serangan jantung dan strok dalam kamar mandi, masih belum ada kajian saintifik yang kukuh yang boleh menyokong dakwaan ini.

Tetapi harus diingat, menurut statistik strok merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser. Setiap tahun dianggarkan lebih 40,000 rakyat Malaysia terkena serangan strok.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati strok boleh dikawal dengan menjalani gaya hidup sihat dan mengawal penyakit-penyakit lain yang menjadi penyebab utama penyakit strok,” ujar Dr Anis mengakhiri perbualan

Kredit: Majalah I-Sihat

Faktor-faktor Penyebab Strok

  • Darah tinggi
  • Kencing manis (diabetes)
  • Kolesterol tinggi
  • Obesiti
  • Atrial Fibriliation (degupan jantung tidak sekata)
  • Perokok

Langkah-langkah Pencegahan Strok

Strok boleh dikawal dengan menjalani gaya hidup yang sihat
Strok boleh dikawal dengan menjalani gaya hidup yang sihat
  • Amalkan cara hidup yang sihat
  • Kurangkan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi
  • Lebihkan sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  • Minum air masak sekurang kurangnya lapan gelas sehari
  • Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki sekurang kurangnya selama 30 minit 3 kali seminggu

Apa Pula Strok Haba?

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari  akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 °C. Suhu badan individu yang normal ialah 37 °C.

Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan mengalami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika ia berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekali gus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak, dan organ dalam badan, koma dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Strok boleh menyebabkan pesakit hilang upaya kekal
Strok boleh menyebabkan pesakit hilang upaya kekal

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertamia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan penyakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda Awal Strok Haba

  1. Sakit kepala berdenyut
  2. Mual
  3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  4. Denyutan nadi yang pantas
  5. Otot lemah dan kejang
  6. Muntah/ rasa hendak muntah
  7. Kulit kering dan kemerahan
  8. Sawan
  9. Pitam
  10. Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara Rawat Mangsa Strok Haba

  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  3. Bawa mangsa ketempat teduh, atau
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk dan berhawa dingin, atau
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  6. Lap angggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air
  8. Mangsa tidak boleh diberikan minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip’
  9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara Pencegahan Strok Haba

  1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  3. Pakai pakaian yang diperbuat daripada 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.

Nutrisi Semulajadi Bantu Pemulihan Strok

Semasa pemulihan strok, pemakanan yang teliti adalah mustahak. Diet yang sihat mampu mengekalkan berat badan yang ideal serta mencegah risiko strok kedua, dan memberi badan anda dengan nutrisi yang diperlukan untuk pulih secara semulajadi.

Suplemen yang penting untuk pemulihan strok boleh diambil makanan tambahan atau suplemen. Ada beberapa suplemen yang efektif dan penting untuk diamalkan oleh pesakit strok.

Antara suplemen asas yang penting untuk membantu pemulihan pasca strok ialah:-

Set Stroke Shaklee Kegemaran Pesakit Strok
Set Stroke Shaklee Ikhtiar Si Pesakit Strok
  • Vivix Shaklee yang mengandungi resveratrol dan polifenol yang membantu melindungi dan membaiki DNA selular yang rosak akibat tekanan saluran darah hingga ke otak antara penyebab strok.
  • Omega Guard Shaklee yang mengandungi asid lemak omega 3 memain peranan penting dalam aterosklerosis dan penyakit arteri periferal (PAD), sekaligus boleh meningkatkan fungsi endothelia iaitu mengurangkan plasma dan meningkatkan pengembangan aliran arteri.
  • B-Complex Shaklee banyak terlibat dalam penghasilan neurotransmitter serta menstabilkan fungsi kognitif otak.
  • ESP Shaklee menyokong kesihatan jantung dengan menurunkan paras LDL dan kolestrol dalam badan, di samping protein soya tanpa GMO ini membantu menyihatkan salur darah hingga ke otak.
  • Performance Drink Shaklee merupakan minuman isotonik yang bertindak untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf dan otot-otot badan.
  • Lecithin Shaklee terkenal dengan makanan otak dan saraf, dimana ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan pada neurotransmitter.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

4 thoughts on “Cara Merawat Strok Secara Semulajadi Dan Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge