7 Makanan Yang Mengekalkan Tenaga Setiap Hari

7 Makanan Yang Mengekalkan Tenaga Setiap Hari . Bayangkan anda berjalan di pasar raya dan terlihat selonggok buah tembikai dengan label “Perangsang Tenaga Mega Tambahan” atau menonton pertandingan sukan papan luncur di televisyen yang memperlihatkan pelekat penaja di helmet “Strawberi, untuk ketahanan ekstrem!”

Kesemua makanan tersebut dan banyak lain kurang diketahui, sebenarnya mampu memberikan kejutan tenaga.

1. Tembikai

Tembikai - Makanan Yang Mengekalkan Tenaga
Tembikai – Makanan Yang Mengekalkan Tenaga

Tembikai mengandungi 93 peratus air (H2O), jus daripada sebiji buah yang berbentuk bulat ini menyamai dengan 5-7 gelas air. Ramai yang tidak menyedari bahawa kandungan air dalam buah tembikai menyumbang kepada 20 peratus keperluan air dalam badan setiap hari bagi mengelak dehidrasi sederhana.

Kajian mendapati dehidrasi sederhana boleh dikaitkan dengan kelesuan, sebab air diperlukan dalam mengekalkan hampir kesemua fungsi tubuh. Secawan setengah buah tembikai mampu menghidratkan tubuh seperti anda minum lapan gelas air dan mengandungi Vitamin A, Vitamin B6 dan Vitamin C yang mempunyai bahan pemberi tenaga secara semula jadi.

Anda boleh cuba resepi ini untuk mengelakkan dehidrasi:

  • Gaulkan tembikai yang dipotong dalam bentuk kiub dengan keju feta, jus limau dan daun pudina yang diracik.

2. Almond

Almond - Makanan Yang Mengekalkan Tenaga
Almond – Makanan Yang Mengekalkan Tenaga

Satu suku cawan hidangan kacang Almond mengandungi 30 peratus magnesium yang anda perlukan setiap hari. Angka yang mengagumkan. memandangkan kebanyakan kita kurang memperoleh mineral.

Tidak mendapat cukup magnesium boleh menyebabkan anda berasa lemah, kerana tubuh perlu manghasilkan ATP, molekul yang mengankat tenaga antara sel. Selain itu, Almond turut kaya dengan sumber vitamin B seperti asid folik dan riboflavin, yang membantu anda mengubah kalori menjadi tenaga.

Anda boleh cuba resepi ini untuk menggalakkan penghasilan tenaga pada tubuh anda:

  • Anda boleh makan terus.
  • Anda boleh juga kisar Almond untuk menggantikan serbuk roti atau menggantikan satu per empat tepung gandum sewaktu menyediakan pelbagai jenis kuih.

3. Kismis

Kismis -Makanan Yang Mengekalkan Tenaga
Kismis -Makanan Yang Mengekalkan Tenaga

Mangambil sedikit masa berjoging pada waktu pagi boleh memberikan lonjakan dalam larian. “Atlet suka kerana cepat memberi tenaga dan elektrolit,” kata Tara Gidus Collingwood, ahli pemakanan sukan di Orlando.

Satu kajian mendedahkan kismis efektif seperti mana snek berasaskan karbohidrat yang direka untuk memberi ketahanan dalam mengekalkan stamina pelari.

Anda boleh cuba resepi ini untuk mengekalkan stamina ketika bersukan:

  • Mulakan hari anda dengan mencampurkan kismis bersama kekacang dalam bijirin atau yogurt.

“Kekacang mempunyai lemak, protein dan serat, memberikan anda tenaga bagi tempoh masa yang lama dan karbohidrat dalam kismis mencergaskan anda bagi tempoh masa yang pendek,” kata Collingwood.

4. Edamame

Edamame - Makanan Yang Mengekalkan Tenaga
Edamame – Makanan Yang Mengekalkan Tenaga

Kacang soya adalah sumber asid folik yang baik, Vitamin B yang memainkan peranan penting dalam mengubah makanan menjadi tenaga. Satu cawan kacang soya (dibuang kulit) memberikan anda vitamin yang diperlukan tubuh untuk sehari, bonus tambahan dengan magnesium dan riboflavin, mineral yang memberikan anda ekstra semangat. Jika prihatin dengan GMO, pilih saja kacang soya organik.

Anda boleh cuba resepi ini untuk mengekalkan tenaga dari pagi hari:

  • Kukus edamame, gaulkan dengan sedikit serbuk cili dan lime salt, atau campurkan dengan cauliflower rice untuk rasa kenyang yang lebih panjang.

5. Biji Chia

Biji Chia - Makanan Untuk Mengekalkan Tenaga
Biji Chia – Makanan Yang Mengekalkan Tenaga

Kandungan protein, serat dan nutrien yang mengembalikan tenaga seperti magnesium dan zat besi membolehkan anda terus bekerja sepanjang hari. Kajian mendapati, minuman tenaga biji chia yang dibuat sendiri berupaya memberikan tenaga seperti mana yang dibeli di kedai.

Anda boleh cuba resepi ini untuk memberikan anda tenaga yang segera:

  • Buat sendiri minuman tenaga bersitrus anda dengan mencampurkan dua sudu makan biji chia dengan dua cawan air, perahan jus setengah biji lemon atau limau nipis, dan satu sudu makan madu atau sirap mapel. Simpan dalam peti sejuk selama dua atau tiga jam, kemudian kacau. Anda juga boleh mencampurkan biji chia ke dalam yogurt atau oatmeal untuk tenaga segera.

6. Sardin

Sardin - Makanan Yang Mengekalkan Tenaga
Sardin – Makanan Yang Mengekalkan Tenaga

Tidak makan ikan yang kaya nutrien ini? Inilah masanya untuk mencuba. Sardin paling tinggi dengan zat besi, yang penting untuk mengangkut oksigen di seluruh tubuh dan oksigen adalah makanan otot yang membolehkan anda bergerak. Selain itu, sardin juga kaya dengan CoQ10, sumber penjana sel – mitokondria.

Anda boleh cuba resepi ini untuk sumber tenaga yang berpanjangan:

  • Cincang ikan sardin dan campurkan dengan pasta yang telah dimasak, bunga kobis yang dipanggang, kepingan lada benggala merah dan minyak zaitun. Anda kurang gemar ikan-ikan kecil? Anda boleh gantikan dengan daging merah, kerang-kerangan, bayam dan biji labu.

7. Strawberi

Strawberi - Makanan Yang Mengekalkan Tenaga
Strawberi – Makanan Yang Mengekalkan Tenaga

Ramai yang menganggap vitamin C paling tinggi dalam buah oren, tetapi sebenarnya strawberi, satu auns untuk satu auns, sumber paling utama. Apabila penyelidik memberikan Vitamin C setiap hari kepada individu dewasa yang yang mengalami berat badan yang berlebihan dan ingin menurunkan berat badan, subjek didapati berasa kurang letih semasa sesi berjalan di treadmill selama 60 minit berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kajian diterbitkan dalam Journal Nutrition.

“Makanan yang kaya dengan Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi yang menentang kelesuan,” kata Collingwood. Satu cawan strawberi mampu memberikan 89 miligram Vitamin C, lebih daripada keperluan anda seharian 75 miligram.

Anda boleh cuba resepi ini untuk menentang kelesuan dalam aktiviti seharian :

  • Campurkan hirisan strawberi ke atas salad bayam bagi mengumpulkan manfaat Vitamin C dengan zat besi.

Perbezaan antara Lesu, Lemah Badan serta Tidak Bertenaga:

Apakah perbezaan diantara ketiga-tiga tindakan ini?

Lesu

Ia merujuk kepada persediaan untuk melakukan kerja adalah pada paras tidak bersedia.

Lemah Badan

Ia merujuk kepada tubuh badan individu mengalami kekurangan nutrient walau sudah mengamalkan diet yang betul. Ia biasanya berlaku kepada masyarakat hari ini yang tidak suka bersenam serta mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif

Tidak Bertenaga

Hal ini pula merupakan satu perasaan yang tidak bermaya untuk membuat apa-apa kerja.

Dapatkan sumber nutrisi penting secukupnya bagi membantu memulihkan tenaga anda kembali NORMAL.

 

 

Magnesium

Magnesium sangat membantu dalam memastikan fungsi normal otot dan sendi serta mengekalkan badan yang aktif. Ia mengekalkan sistem imun dan tulang yang kuat dan sihat, disamping mengawal dan mengekalkan tahap gula dalam darah yang sihat. Oleh itu, Ostematrix adalah vitamin tambahan yang mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang disarankan.

 Vitamin B12 & B2 (Riboflavin)

Vitamin B12 dan B2 merupakan vitamin yang membantu sistem sistesis DNA sekaligus menghalang penyakit jantung. Ia juga sangat penting untuk penghasilan sel darah merah anda. Vitamin tambahan yang disarankan ialah B Complex yang lengkap dengan kombinasi asid folik serta Vitamin B12.

Lycopene

Lycopene merupakan bahan kimia yang jarang diketahui umum yang wujud di dalam badan anda. Ia amat penting untuk tahap dan kesihatan badan anda. Lycopene ini berfungsi untuk mencegah aterosklerosis, kanser pakreas, kanser kolon, kanser ovari, kanser paru-paru, kanser pundi kencing serta kanser prostat. Lycopene ini terdapat di dalam sayuran dan buah-buahan yang bewarna merak khususnya, namun ianya mempunyai amaun yang terhad malah tidak cukup untuk keperluan tubuh badan anda. Oleh itu, anda dicadangkan untuk mengamalkan vitamin A dari Caroto Max ini sebagai sumber lycopene yang tubuh badan anda perlukan seharian.

Vitamin C

Vitamin C merupakan nutrisi penting yang badan anda perlukan kerana ia membantu dalam penghasilan neurotransmitter dan hormon norepinephrine di mana elemen ini amat kritikal di dalam fungsi otak serta saraf anda. Selain itu, Vitamin C juga berfungsi untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot-otot badan. Oleh itu, pengambilan Vitamin C dalam diet harian kini tidak boleh lagi di pandang enteng.

Zat Besi

Zat Besi berperanan untuk pembentukan hemoglobin. Ia merupakan komponen pembentukan hemoglobin dan sumber warna merah pada sel darah serta membantu membawa oksigen keseluruh sel badan untuk memastikan fungsi-fungsi organ berjalan secara normal. Maka, pengambilan Vitalea sangan disarankan untuk memastikan sumber zat besi yang lengkap memandangkan ia merupakan sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh badan anda.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh KLIK pada rajah diatas atau hubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge